Thursday, November 6, 2008

TANJUNG PUTERI


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri



1 comment:

GREEN PLATFORM said...

Salam sejahtera kepada semua, di langit dan di bumi, semoga Allah memberi berkat kepada kita.
Sebenarnya telah lama saya membaca buku ini namun begitu baru skrg berkesempatan untuk mengulas sedikit tentangnya. Bukan berkenaan gaya penulisan yang sememangnya baik, tetapi lebih kepada sikap tamak dan khianat di kalangan pembesar-pembesar Melayu yang akhirnya membawa kepada pelepasan Temasik ke tangan Inggeris. Saya melihat, sikap-sikap buruk ini masih lagi dapat dilihat pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana di sebuah negara Islam masih terdapat kasino, kilang arak yang terbesar di asia tenggara dan juga betapa bersepahnya kedai-kedai nombor ekor serta rumah-rumah pelacuran? Kalau difikirkan, mungkinkah seorang pembesar yang jujur akan membiarkan ini semua terjadi? Janganlah melihat komentar saya ini ke sudut politik, tetapi sebagai pencetus kepada generasi kini untuk berfikir secara waspada dengan apa yang berlaku sekeliling kita agar kita tidak tersandung lalu tersungkur kerana kelalaian pembesar. Maka dengan itu, orang-orang Islam, marilah lebih proaktif dalam mendukung amanah Allah, semoga negara Islam ini bukan hanya sekadar nama tetapi lebih aman dan damai dan terhindar daripada segala noda dan dosa, agar dapat kita memilih pemimpin berdasarkan perinsip agama yang sememangnya jauh dari perinsip demokrasi ciptaan orang kafir. Maka janganlah hendaknya usaha murni Pak Latip ini dihalang oleh mana-mana pihak yang dengki atau merasa terancam hendaknya kerana inilah salah satu wadah yang dilihat amat berkesan untuk mendidik bangsa dan menamkan semangat cintakan agama dan negara.