Sunday, March 9, 2008

MAULIDUL RASUL

20hb Mac 2008



Nabi Muhamad saw dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April tahun 571 Masihi. Kelahiran baginda telah diketahui oleh Nabi Isa a.s setelah baginda mendapat wahyu daripada Allah swt bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.

Semasa Nabi Muhamad saw dilahirkan, ibunya Aminah tidak merasa sakit.
“Sungguh luar biasa anakmu ini,” kata Mak Bidan yang menyambut kelahirannya.

“Kenapa?” tanya Aminah.

“Bayimu lahir dalam keadaan tertiarap. Dia tidak menangis semasa dilahirkan. Kepalanya mendongak ke langit dan tangannya terangkat seolah sedang menyembah sesuatu,”jawab Mak Bidan.

Pada malam kelahirannya rumah Aminah terang benderang walaupun ketika itu bulan tidak mengambang. Jiran-jiran datang berduyun-duyun untuk melihat bayi comel “ajaib” yang dilahirkan Aminah.

Selain Abdul Mutalib, Amar bin Hisyam juga turut berasa gembira dengan kelahiran anak saudaranya itu. Dia memerdekakan seorang hamba perempuannya lalu menyuruhnya menyusukan Muhamad sebelum mendapat ibu susunya.

Tetapi kemudiannya Amar bin Hisyam memusuhi Nabi Muhamad saw sehingga dia digelar Abu Jahal. Dia sering menyakit Rasulullah saw malah beberapa kali cuba membunuhnya tetapi gagal.

Akhirnya Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar. Setelah Abu Jahal meninggal dunia ada yang bermimpi bertemu Abu Jahal lalu bertanya bagaimana keadaanya. Jawab Abu Jahal dia ditempatkan ke dalam neraka tetapi pada setiap hari kelahiran Nabi Muhamad saw, Allah swt mengurniakan dia satu kelebihan iaitu ada air keluar dari ibu jari kakinya.

Kelebihan itu dikurniakan disebabkan dia berasa gembira pada hari kelahiran Nabi Muhamad saw.

Selain kisah Abu Jahal ini, banyak lagi kisah mengenai kelebihan mereka yang memuliakan hari Maulidul Rasul.

5 comments:

cikMilah said...

Assalamualaikum PakLatip.
saya teruja bila penulis ternama menjenguk blog saya. Terima kasih.
Ini email saya seprti yang di pinta;
alam.jamilah@gmail.com
pga851@yahoo.com

zino said...

paklatip..

blog ni nampak kemas.. dan novel paklatip pun semakin bertambah.. agaknya juga laris di pasaran..

tahniah..

ABDUL LATIP said...

cikmilah,
Waalaikumsalam, saya juga gembira kerana cikmilah selalu berkunjung ke blog saya. Saya juga selalu ke blog cikmilah. Terima kasih dengan email.

ABDUL LATIP said...

Zino,

Blog yang lama ada bermasalah. Terima kasih sudi berkunjung.

Jom kita balik Rembau :)

mizzrm said...

Assalamualaikum Pak Latip, saya nak tanya maner saya boleh dapatkan yang cerita Maulidur Rasul tu? Saya carik hikayatRAsullullah dari Lahir hingga menjadi RAsul. Suka duka Baginda, Mukjizat Baginda, Bagaimana Baginda berkahwin dengan Khadijah dan halangan2 Baginda DAri kecil Lagi hingga dewasa dalam proses Baginda sebelum menjadi RAsul. Pak LAtif ader koleksi buku itu? Terima Kasih : rmfeb_28@yahoo.com