
Setelah menekuni penulisannya selama tiga bulan barulah novel Bediuzzaman Said Nursi dapat disiapkan. Novel tersebut mengandungi 45 bab apabila dicetak nanti dijangka hampir 600 muka surat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan. Terutama “sahabat-sahabat kembara ke Turki” iaitu Puan Ainon, Tuan Khairul Nayan, Prof Abdullah Hassan, Puan Shahrina, Cikpuan Noor Ezleen Basri dan Ah Mad.
Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat di Turki yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pengembaraan kami iaitu Prof Faris Kaya, Engin Koc, Yakup Eker, Mustafa abi, Sait Koyuncu, dan ramai lagi yang tidak sempat disebutkan namanya.
Semoga dengan terbitnya novel ini nanti pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat siapa Bediuzzaman Said Nursi serta perjuangannya untuk memelihara iman dan akidah umat Islam.




0 comments:
Post a Comment