Friday, September 30, 2011

KENANGAN DI TURKI

Baru-baru ini semasa berada di Turki bertemu sekumpulan remaja, apabila saya sebut nama Sultan Muhamad al Fateh, semua bersorak gembira, apabila sebut nama Recep Tayyip Erdogan, sekali lagi mereka bersorak gembira, apabila saya sebut nama Mustafa Kamal Ataturk, tiba-tiba mereka senyap...

Kali pertama saya ke Turki bagi menjejaki sejarah Mustafa Kamal Ataturk untuk dijadikan novel, saya mengalami keadaan yang sukar kerana ramai yang enggan untuk bercerita mengenai tokoh yang dikatakan bapa turki moden itu. Malah saya berada dalam kebimbangan kerana rasa diekori.

Apabila pergi kali kedua untuk menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi saya mendapat kerjasama yang sangat erat. Kemana pergi diberi sambutan dan mereka bersedia untuk memberikan apa sahaja yang diperlukan.

Remaja Turki yang cintakan Islam...


Sultan Muhamad al Fateh tetap di hati...




Pemimpin yang disanjungi....







Kekejamannya tidak dilupakan...

2 comments:

~albazrah~ said...

Assalamualaikum Pak Latip yang banyak hikmah, saya mahu kongsikan di sini sedikit kisah.

Semasa Ustaz Nursi pergi ke Ankara setelah dijemput berkali-kali ke sana beliau disambut dengan meriah.

Namun di hatinya sangat sedih melihat seperti ada bibit-bibit kehancuran.

Keadaan tidak seperti yang disangka, Nursi pergi dengan semangat untuk mengukuhkan Islam. Tetapi yang ada jauh sekali untuk mengamalkan Islam.

Sebaik sahaja ternampak wajah Kamal Atarturk tiba-tiba hati beliau berdegup kencang. Said Nursi tahu ini wajah musuh Islam, ketika itu Nursi seolah nampak di hadapannya dajjal Sufyani, seperti yang diberitakan oleh Rasulullah saw di dalam hadith.

Ada dalam Rasail Nur tetapi Nursi tidak menyebut secara langsung nama Atarturk. Kamal Atatrturk sangat marah dan menuduh Nursi telah menuduhnya sebagai Dajjal.

Terima kasih.

ABDUL LATIP said...

Waalaikumsalam al bazrah yang bijak dan baik hati.

Memang benar kisah tersebut. akibatnya beliau dipenjara kemudian dihadapkan lagi dengan hampir 2 ribu tuduhan...sangat menarik kisahnya...