Tuesday, September 27, 2011

SUDAH TERBIT DAN PANAS DI PASARAN

Perang-Perang Yang Benar kompilasi daripada empat buah novel Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq dan Perang Khaibar. 736 muka surat dengan harga cuma RM 55 sahaja.

Sesungguhnya Nabi Muhamad menyibarkan agama Islam bukan dengan kekerasan atau dengan mata pedang. Buktinya, selepas beliau diangkat menjadi Rasulullah atau Pesuruh Allah dan setelah diperintahkan menyibarkan risalah Allah selama kira-kira 22 tahun hanya 140 orang sahaja sahabat baginda yang gugur syahid. Mereka terlibat dalam peperangan yang dimulakan pihak musuh.

Kisah empat peperangan besar itu menghuraikan sebab-sebab berlakunya perang dan kesannya terhadap perkembangan agama Islam.




Novel Mustafa Kamal Ataturk sudah terbit dan kini berada di pasaran. Menceritakan siapa sebenarnya tokoh yang dikatakan bapa moden Turki ini... di tulis hasil dari kajian serta fakta-fakta dari buku-buku rujukan. Saya juga pergi ke Turki bagi menjejaki sejarah hidup tokoh ini.




2 comments:

my story said...
This comment has been removed by the author.
my story said...

Saya telah membacanya dengan penuh khusyuk....Novel hebat yang patut dibaca oleh semua umat islam.Satu pengajaran yang boleh menjadi iktibar kepada semua.Tahniah kepada penulisnya dan jika boleh disambung lagi...sebab apa yang berlaku selepas tahun 1950an.....