Friday, March 18, 2011

MUSTAFA KAMAL ATATURK

Mustafa Kamal Ataturk tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi sanjungan kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap agama Islam, ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah disanjung sehingga digelar “Khalid al Walid” kerana berjaya mengalahkan tentera British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama, menunjukkan belang hitamnya setelah berkuasa.

Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.

Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.

Penulisan novel Mustafa Kamal Ataturk berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah…Terima kasih
kepada yang memberi sokongan…



Mustafa Kamal Ataturk adalah tokoh hitam sejarah Islam yang telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah serta melakukan pelbagai penghianatan terhadap Islam...


Semasa di Turki sempat bertemu ramah dengan beberapa orang rakyat Turki...




Ketika Mustafa Kamal Ataturk berada di puncak kuasa...




Mayatnya tidak ditanam tetapi diletakkan dalam keranda lalu disimpan di tempat ini...







4 comments:

nur akmal said...

Alhamdulillah... menarik sgt pak latip. lama sudah sy tidak singgah di blog ni. skrang sy sudah berada di india. wlpn jauh dri tanah air, namun tdk pernah sy lupa akn novel2 pak latip yg begitu mmberi impak kpd sy sehingga blh menitis air mata ksyukurn krna dpt mngenal kisah sbnr pejuang Islam dan sejarah Islam itu sndiri. tkasih pak latip. truskn menulis. =)

Azura Abdullah said...

sya setuju dgn pnyataan tersebut..novel2 pal latip mampu menanamkan rasa cinta dan bangga terhadap tokoh2 Islam tersebut...saya sgt mmgagumi tokoh Salahuddin Al-Ayubi setelah mbaca buku tersebut..alangkah baiknya kalau pak latip menulis buku mengenai perjuangan Nabi Muhammad a.s agar rasa cinta terhadapnya makin menebal dlm diri kita... =)

Lily Lola said...

Pembaca menganggap cerita di buku-buku ni sebagai fakta sedangkan saya dapati banyak fakta mengenai Ataturk ni tak betul. Menjadi seperti memfitnah orang yang sudah mati.
Begitu juga kisah Fateh Sultan Mehmet. Banyak kesalahan fakta. Contoh mudahnya ialah ibunegara pertama Osmaniah bukan Adana tetapi Bursa.

Unknown said...

Assalamualaikum sye ingin meminta bantuan dri anda , sye buat tajuk assignment tentang mustafa . dimanakah buku ini jual ? sbb sye amat memerlukannya . terima kasih