Wednesday, March 9, 2011

MELANCONG DENGAN WANG ROYALTI

Sekarang barulah dapat peluang pergi melancong dengan wang royalti sesuatu yang tidak pernah saya mengimpikannya sebelum ini. Alhamdulillah kini impian itu menjadi kenyataan apabila dapat melancong ke Turki dan London. Namun pemergian itu bukan untuk berlibur saja tetapi lebih kepada membuat kajian serta persediaan menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari yang peninggalan sejarahnya masih ada di Istanbul. Dan selepas ini merancang pergi ke Andalus Sepanyol pula bagi persediaan menulis kisah Isabella.

Semasa menulis kisah Salahudin Ayubi, Tariq dan Sultan Muhamad al Fateh saya memang tidak berkesempatan melawat tempat di mana berlakunya peristiwa tersebut. Bagi menulis Kisah Mustafa Kamal Ataturk baru berpeluang pergi ke tempat tersebut dengan harapan semoga lebih berkesan penceritaannya…



Bergambar semasa di London eye



Bergambar di depan Masjid Biru Istanbul Turki.

3 comments:

amayaharris.blogspot.com said...

mudah2han sy dapat membaca karya sejarah tuan, saya suka membaca sejarah2 islam. salamat melancong

Unknown said...

Tahniah Pak Latif....dapat melancong sambil belajar dengan duit royalti...bukti jadi penulis bahan sejarah pun boleh jadi kerjaya yang menarik....

mickey said...

Assalamualaikum,

Tumpang iklan ye.
JIka anda ingin ke London, kami meyediakan perkhidmatan tempat tinggal dan juga pengangkutan.

Jemput masuk ke blog kami :)

45londonstay.blogspot.com/

Terima kasih