Monday, August 9, 2010

PROGRAM BACA@SEKOLAH

Program Baca@Sekolah akan diadakan di Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Ogos @ 5 Ramadan.

Menurut Cik Azzah AR, penyelaras program tersebut bertujuan mewujudkan sudut bacaan bagi penghuni asrama tersebut. Dan pengumpulan bahan bacaan sudah mencukupi.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.30 tengahari.


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menumpang kasih.

Suatu ketika dahulu saya pernah menjadi penghuni di Asrama Anak-Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong ini. Gambar oleh Cik Azzah AR.


Tempat ini akan menjadi sudut bacaan penghuni di sini. InsyaAllah... Gambar oleh Cik Azzah AR.



Kotak-kotak berisi bahan bacaan yang akan diserahkan...




Aturcara adalah seperti berikut:

10.00 pagi - Sesi Bersama Penulis: Tuan Abdul Latip Talib

11.00 pagi - Penyerahan buku-buku sumbangan para dermawan

11.30 pagi - Aktiviti mewujudkan Sudut Bacaan dimulakan (menyusun buku dan dekorasi)

12.30 tengahari - Acara dijangka tamat.




No comments: