Thursday, August 12, 2010

AKAN TERBIT




Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/ 26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW.

Pasukan musyrikin Mekah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud adalah seramai 700 orang sahaja.

Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh.

Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah...


No comments: