Saturday, June 19, 2010

SURAT DARI KHARTOUM

Assalamualaikum Pak Latip yang dirahmati Allah,

Nama saya Noor Azma Mohamad Khassim, sedang menyambung PhD di Sudan. Saya telah membaca banyak novel-novel Pak Latip,alhamdulillah. Nanti di Malaysia Insya Allah akan beli lagi.

Terima kasih kerana telah banyak menulis dalam bentuk novel dan menjadikan sejarah serta tokoh-tokoh semakin mudah untuk diingati dan dihayati.Sekiranya Pak Latip ada dalam perancangan mahu menulis tentang Bediuzzaman Said Nursi dan belum ada bahan-bahan, Pak Latip beritahu saya ya, saya ingin juga menumpang khidmat Pak Latip yang besar ini dengan cara memberikan bahan-bahan rujukan.

Saya menulis tesis master dan insya Allah PhD ini juga tentang Bediuzzaman Said Nursi.Saya telah cuba menulis dalam bentuk novel tetapi memang tidak mampu, tidak pandai langsung saya menulis cerita.

Semasa bertemu Ustaz Azam (WADAH) bekas Presiden Abim baru-baru ini, beliau ada bercerita yang Pak Latip kalau tak salah saya ada bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi dan baginda SAW memberi galakan tan "tasyji'" untuk Pak Latip terus menulis. Barakallahu fik.

Sekian sahaja, terima kasih. Semoga Pak Latip terus menulis selagi hayat dikandung badan.

Noor Azma Mohamad Khassim,
Khartoum
Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi


1 comment:

IF said...

Wah.. Bediuzzaman Said Nursi.. tak akan ketinggalan kalau diterbitkan..

mungkin selepas ini akan lahir pula buku kisah Hassan Al-Banna.. :)