Thursday, June 3, 2010

SMK UNDANG REMBAU

Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah yang diadakan pada 31 Mei hingga 4 Jun 2010, SMK Undang Rembau menjemput saya untuk program “Bersama Penulis Novel Sejarah”.

Program diadakan di Perpustakaan sekolah tersebut yang dihadiri kira-kira 60 orang pelajar. Mereka menunjukkan minat yang mendalam mengenai sejarah tanah air dan sejarah Islam. Ramai di antara mereka sudah pernah membaca novel-novel sejarah yang saya tulis.

Ini dapat dikesan semasa sessi soal jawab mereka mengemukakan pelbagai soalan mengenai bidang penulisan dan sejarah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Undang Rembau terutama kepada Datin Hajah Azimah pengetua cemerlang, Cikgu Abdul Razak, Cikgu Azhar dan semua yang menjayakan program ini.



Terima kasih diucapkan kepada Datin Hajah Azimah Pengetua Cemerlang SMK Undang Rembau yang juga seorang penulis kerana telah membeli 25 buah (satu set) novel sejarah yang saya tulis untuk koleksi beliau dan satu set lagi untuk pusat sumber sekolah. Datin juga mencadangkan diadakan pelancaran "Novel Khalifah Yang Benar" dan "Perang Badar" di sekolah tersebut pada bulan Julai nanti. Semoga dapat dijayakan. InsyaAllah.

Pelajar begitu berminat mendengar kisah sejarah tanah air dan sejarah Islam semoga tertanam semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

Bergambar kenangan bersama pengetua, guru-guru dan peserta pelajar .

Pelajar ini menerima hadiah novel sejarah Islam kerana dapat menjawab soalan kuiz.


Selamat membaca kisah Imam Hanafi. Semoga bermanfaat....


Sukanya dia dapat novel Dol Said Pahlawan Naning...

Pelajar ini dapat novel Hulagu Khan. Selamat membaca....

Terharu apabila tiba-tiba Cikgu Abdul Razak dan Cikgu Azhar memberi sebuah kek yang bertulis selamat hari jadi Pak Latip. Kemudian peserta berdiri menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu."

Hari ini dalam sejarah....pastinya menjadi kenangan manis....

7 comments:

Ummu Auni Afif said...

tahniah! banyak betul sokongan kepada karya pak latip, dan moga bertambah umur, makin diberkahi. amin..

p/s tak perlu reply di blog saya, saya hanya pembaca biasa :)

ABDUL LATIP said...

Puan Ummu Auni Afif, terima kasih dengan doa dan kata-kata sokongan terhadap saya.

Saya akan pergi ke blog puan (aduh tajamnya sindiran hehehe.)

Ummu Auni Afif said...

eh pak latip, tak perlulah tinggal komen di blog saya. maknanya tak perlu berbalas kunjungan pun :). saya tak terasa pun.

Ariffah9 said...

sanah helwah .. =D

Moga Allah redha atas 'kepanjangan' umur pak latib..

Mak Su said...

wah, Pak Latip, saya sgt jeles terhadap mereka, huhuhu

cikgu k.a said...

memnag cemburu,kalaulah saya boleh menjemput pak latip datang ke perak...alangkah gembiranya!

Ummu Auni Afif said...

tahniah pak latip! tersenarai sebagai penerima royalti tertinngi :)