Kelihatan DYMM Sultan Selangor bersama Menteri Besar Selangor, ketika mengunjungi booth PTS pada majlis perasmian Gerakan Membaca Perdana sekaligus Pesta Buku Selangor 2010 sangat berminat dengan Khalifah-Khalifah yang Benar.
Baginda disambut oleh Tuan Zaharin Zain , pengurus jabatan jualan PTS.
Foto-foto di atas diambil oleh Tuan Harlym Yeoh.
Khalifah-Khalifah Yang Benar (KKYB) menjadi sebuah naskah yang bakal membangkitkan rasa ingin tahu kepada pembacanya lantas menyalurkan minat ingin mengkaji sejarah Islam dengan lebih mendalam.
Novel ini merupakan kompilasi daripada 4 buah novel sejarah Abdul Latip Talib iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.
"KKYB adalah naskhah yang sifatnya mahu mengait dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca. Ia bukan bersifat sumber primer yang berat dengan fakta dan bernada muktamad," jelas editor KKYB, Tuan Bahruddin Bekri.
Abdul Latib Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip melakarkan fakta yang membuatkan rasa ingin tahu pembaca bagi mendalami sesuatu isu.
"Misalnya dalam Perang Jamal, ia tidak disentuh secara terperinci dalam KKYB kerana sifat perang itu kontroversi dan masih menjadi perdebatan. Ia cuma ditulis sepintas lalu bagi menimbulkan rasa ingin tahu dan rasa ingin mengkaji para pembaca," kata Tuan Bahruddin.
KKYB hasil terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini diibaratkan tuan Bahruddin sebagai pintu yang cantik bagi sebuah rumah agam suram yang bernama sejarah.
"Ini dengan harapan pembaca mahu rapat ke pintu cantik itu, dan akhirnya membuka pintu itu dan seterusnya masuk lebih jauh ke rumah yang bernama SEJARAH dan seterusnya mengkaji dengan lebih lanjut," kata beliau lagi.
Lebih menarik apabila KKYB dipakejkan menjadi naskhah yang rapi dan elok rupa luarnya.
Manakala isi dalaman, ia diperkemaskan dan diusahakan bebas daripada fakta pesong dan unsur kontroversi yang tidak membantu.
"KKYB membangkitkan rasa mahu kepada sejarah, rasa mahu kepada kebenaran, dan rasa mudah kepada fitrah," jelas Tuan Bahruddin lagi.

Nota: dari nota PTS...
7 comments:
Assalamualaikum,
Tahniah Pak Latip. Pak Latip memang penulis asli yang dianugerahkan bakat yang hebat oleh Allah.
Saya pernah sembang dengan Pak Latip semasa pesta buku 2008. Waktu itu saya baru berjinak dengan bengkel PTS. Pak Latip beritahu semua buku-buku itu memang dibuat kajian yang mendalam sebelum ditulis.Buku pertama Pak Latip yang saya baca ialah Salahuddin Ayubi Penakluk Jerusalem(kaver biru yang lama)
Selama ini saya bermentorkan Pak Latip dalam dunia penulisan walaupun Pak Latip tidak kenal saya. Saya suka buku-buku Pak Latip. Penuh ilmu dan cantik. Blog Pak Latip saya letakkan linknya di blog saya.
Saya doakan Pak Latip diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berkarya. Generasi-generasi muda perlu disogokkan dengan buku-buku begini, bukan buku-buku picisan yang berlambak di pasaran. Kalau terdetik hati Pak Latip hendak buat training atau bengkel penulisan sendiri, saya akan jadi orang pertama menyertainya, insya-Allah:)
waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Cik Marini,pernah bersembang dengan saya semasa pesta buku 2008? terima kasih kerana masih ingat. Pernah ikuti bengkel PTS?. Bagus. Semoga terus menulis.
Memang benar menulis novel sejarah memang perlu dibuat kajian supaya tidak lari dari fakta.
Terima kasih dengan doa2 yang baik terhadap saya. Didoakan Cik Marini dikurniakan kesihatan dan kejayaan. Amin...
Semoga terus menghasilkan karya
Salam,
Terima kasihlah Pak latip sudi jengah ke blog saya yang tidak seberapa itu:)
Memang kita ada bersembang, tetapi masa pesta buku 2007 (bukan 2008, tersilap). Dah tiga tahun, tentulah Pak Latip dah lupa:) Lagipun kita sembang sekejap sahaja, sebab waktu itu Pak latip sibuk tandatangan buku "Salahuddin" yang dibeli pembaca.
Ya, saya pun sedang belajar-belajar tulis buku, bergurukan ibunda guru Puan Ainon.
Baik! Saya akan teruskan berkarya segigih Pak Latip. Doakan saya! :)
Salam Pak Latip,
Saya salah seorang peminat Pak Latip dalam bidang penulisan Novel-novel sejarah Islam, hampir kesemua Novel-novel sejarah islam hasil karya Pak Latip telah saya perolehi, dan yang terbaru adalah "Khalifah-khalifah Yang Benar" dan "Imam Hanafi". Teruskan perjuangan Tuan, moga-moga mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah dalam meneruskan perjuangan di dalam penulisan ini.
Assalamualaikum,
Saya baru membeli buku novel ni beberapa hari yang lalu dan sudah pun habis membaca novel ni.
Banyak kesalahan ayat yang tidak diperbetulkan seperti nama karakter dan tempat yang berbeza pada setiap khalifah tetapi merujuk kepada orang yang sama. Harap dapat memeriksa semula isi kandungan novel ini.
Terima kasih.
gaya bahsa yg mudah difahami...begitu memberi kesan pada saya.
Bagaimana sy boleh dapatkn buku Khalifah Khalifah Yang Benar dan buku Umar Al Khatab?
Post a Comment