Wednesday, March 31, 2010

SURAT DARI PEMBACA


Asslamualaikum Pak Latip,

Saya Ezzuddeen dari Klang. Saya cuba mencari ruang pertanyaan mengenai novel uncle di blog uncle tapi saya jumpa email uncle.. so, saya rasa baik saya terus email ke uncle jer.. maaf kalau mengganggu. saya ingin mengucapkan tahniah kepada pakcik kerana berjaya menulis novel2 yang kisahnya telah berlalu sekian lama... saya juga telah memiliki beberapa novel pakcik dan yang menjadi tanda tanya kepada saya adalah novel pahlawan Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi.

Menurut tulisan pakcik, setelah tentera Islam berjaya menawan Jerussalem, mereka hidup aman selama lebih kurang tiga tahun dengan perjanjian damai antara salahuddin dengan Raja Jerussalem, Raja Balian Birzan.. tetapi dengan kehadiran King Richard the Lion Heart dengan bala tentera berjumlah hampir 100000 orang, telah mengekung pelabuhan Acre.. dan menurut pakcik, tiada sesiapa mahupon Salahuddin atau richard yg menang tetapi masing2 berundur..

Yang saya pelik, banyak dokumentari, wikipedia dan sebahagian novel2 Islam yang mengatakan bahawa dalam pengepungan Acre, Salahuddin telah kalah dan Acre ditawan oleh Richard dengan jumlah tawanan mencecah 3000 askar.. kemudian Richard meminta wang dinar sebagai tebusan tetapi salahuddin gagal mendapatkanya dalam masa yang ditetapkan menyebabkan 3000 askar tawanan itu dibunuh semuanya..

Dan dari situ, mereka menawan lagi satu pelabuhan iaitu pelabuhan Jaffa yang terletak berhadapan dengan Jerusalam.. dari situ mereka kemudiannya menyerang Jerussalem tetapi mereka gagal dan tercapai perjanjian damai antara salahuddin dengan Richard...

Apa Pendapat dan ulasan pakcik megenai soal ini...??

Tq, Wassalam...

Ezzuddeen Abdissalam
Klang.

---------------------------------------------------------------------

Waalaikumsalam Warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih Ezzuddin kerana telah membaca novel Salahuddin al Ayubi Penakluk Jerussalem. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai versi mengenai kisah Salahudin Al Ayubi ditulis oleh pengarang Barat. Kadangkala ada ceritanya yang sengaja hendak menunjukkan kelemahan Salahudin Al Ayubi. Malah sebuah filem yang ada kaitan dengan cerita Salahuddin Al Ayubi juga telah ditokok tambah ceritanya yang asal.

Kerana itu saya lebih suka merujuk buku-buku yang ditulis oleh orang-orang Islam sendiri antaranya Salahuddin Al Ayubi Pahlawan Perang Salib oleh Dr Mahmud Syalabi. Beliau diakui sebagai salah seorang ilmuan Islam zaman ini yang boleh dijadikan rujukan.

Memang benar setelah Salahuddin Al Ayubi menakluk Jerusalem suasana aman Cuma bertahan selama tiga tahun sahaja kerana selepas itu Raja-Raja Eropah telah menghantar bala tentera untuk merebut semula Baitul Maqdis. Dan memang benar Salahudin Al Ayubi dan pasukan tenteranya pernah di serang dan terkepung dan memang benar kota Aka atau Acre pernah ditawan tentera Salib sebelum termeterinya perjanjian damai.

Walaupun mungkin terdapat jalan cerita yang agak berbeza tetapi fakta-faktanya masih tidak berubah. Apa yang penting ialah novel itu menceritakan ketokohan serta kejayaan Salahudin Manakluk Jerusalem…

Sekiranya terdapat salah fakta sekalipun perkara itu biasa berlaku dalam penulisan novel sejarah. Ini kerana penulis tidak hidup pada masa tersebut. Malah kisah Salahudin Al Ayubi ini ditulis kira-kira 100 tahun selepas beliau meninggal dunia pada tahun 589 hijrah/ 1193 masihi.

3 comments:

pecinta_Islam said...

ya..betul tu pak latip..mustahil penulis mampu menulis segala-galanya tepat seratus peratus seperti sebenar..cuma yang pastinya sinopsis keseluruhan jalan ceritanya tidak lah lari dari sejarah asalnya..

cia said...

EMMMM..baik lahh.......BETUL TU ...tapi jangan beli buku mat kilau , sbb critanya menyakitkan hati pembaca yg "bull***" kepada sultan yg membesarkan perut dan bawah perut dia sendiri dan kaum keluarga..sehingga sultan sekarang...

hanya mereka2 yg ingin kan darjah kebesaran saja yg sukakan sultan....

Unknown said...

Assalamualaikum pakcik Abdul Latip,

Sebenarnya saya juga agak terkeliru seperti Ezzuddeen Abdissalam dari Klang. Pakcik menulis "Walaupun mungkin terdapat jalan cerita yang agak berbeza tetapi fakta-faktanya masih tidak berubah." Tetapi pakcik telah mengubah fakta kerana menurut pakcik, tiada sesiapa mahupun Salahuddin atau richard yg menang tetapi masing2 berundur. Padahal pakcik mengakui dalam tulisan pakcik yang berbunyi "Dan memang benar Salahudin Al Ayubi dan pasukan tenteranya pernah di serang dan terkepung dan memang benar kota Aka atau Acre pernah ditawan tentera Salib...." Bukankah itu mengubah fakta?