Sunday, March 14, 2010

NOVEL SEJARAH ISLAM DI JAKARTA


Blogger Tuan Jiwa Rasa baru-baru ini ke Jakarta dan sempat ke gedung buku Gramedia di kompleks membeli-belah Sarinah yang terkenal itu.

Beliau merakamkan foto ini yang menunjukkan novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talip terbitan PTS, yang dilesen dan diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia, dipamerkan dalam kedai buku Gramedia itu.

Disalin dari blog Puan Ainon Mohd:

http://universitipts.com/index.php/site/comments/novel_sejarah_islam_abdul_latip_talip_di_jakarta/


Sehingga kini sudah empat judul novel sejarah Islam hasil karya saya dilesen dan diterbitkan di Indonesia, iaitu Khalid Al Walid, Salahudin Al Ayubi, Ikramah bin Abu Jahal dan Tariq bin Ziyad.

Khabarnya beberapa buah lagi akan diterbitkan di sana....

3 comments:

adinda said...

tahniah, paklatip!!! chaiyokkk

ubay said...

byknya buku..kena beli ni

Wellness, The Next Big Thing said...

saya sedang membaca buku Bilal bin Rabah .... sungguh menarik sehingga sehelai demi sehelai mukasurat saya baca tanpa menyedari malam semakin larut.