Wednesday, February 10, 2010

TERIMA KASIH DR TALIB SAMAT


Terima kasih diucapkan kepada Dr Talib Samat yang membentangkan kertas kerja bertajuk Sumbangan Dan Keunggulan Abdul Latip Talib sebagai Novelis Sejarah Di Malaysia di Seminar Sehari Memugar Warisan Adat Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim semalam (10hb Februari).

Antara petikan kertas kerja tersebut, “Novel-novel sejarah Islam yang memfokuskan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam yang ditulis dengan gaya bahasa yang mudah, berseni dan komunikatif tetapi tetap ada unsur-unsur sasteranya memudahkan pembaca masa kini memahaminya dan mengenalinya menerusi karya sastera yang lebih hidup, berkesan, menusuk ke dalam jiwa dan hati pembaca…

Seminar tersebut anjuran Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.




2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Pengiktirafan tinggi daripada orang universiti. Tahniah!

ABDUL LATIP said...

Puan Ainon yang dihormati,

Menurut Dr Talib Samat seramai 20 orang pelajarnya diberi tugasan membuat kajian mengenai semua novel sejarah Islam yang diterbitkan PTS. Sesungguhnya itu memang merupakan satu pengiktirafan daripada "orang universiti". Kejayaan PTS juga.