Harga: RM24.00 / RM RM27.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-52-5,
Tarikh Terbit: 29 January 2010
Tarikh Terbit: 29 January 2010
Jumlah muka surat: 288 halaman.
Semasa hidupnya, Khalifah Umar bin Khatab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.”
Pada suatu malam Khalifah Umar bin Khatab ditemani pembantunya Aslam, meronda kawasan perumahan di Madinah. Mereka sampai di sebuah rumah yang terletak agak terpencil, lalu kedua-duanya duduk berehat melepaskan penat tanpa disedari penghuni rumah tersebut. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang ibu dengan anak gadisnya.
“Wahai anakku, tuangkan susu kambing itu ke dalam bekasnya. Esok ibu mahu menjualnya di pasar,” arah si ibu.
“Ibu, separuh daripada susu ini tertumpah semasa saya tuangkan ke dalam bekasnya,” beritahu si gadis.
“Campurkan susu itu dengan air supaya bertambah semula.” Si ibu memberikan cadangan.
“Tidakkah ibu tahu yang Khalifah Umar bin Khatab berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan?” Si gadis mengingatkan ibunya.
“Beliau tidak pernah ambil tahu hal kita. Dia tidak tahu sekiranya kamu campurkan susu itu dengan air,” tambah si ibu.
“Wahai ibuku, tidakkah kamu tahu, walaupun Khalifah Umar bin Khatab tidak nampak tetapi Allah melihat apa yang kita lakukan. Demi Tuhan, saya bukanlah orang yang mentaatiNya di hadapan ramai tetapi menderhakaiNya di tempat sunyi.” Begitu halus kata-kata yang keluar daripada mulut si gadis.
“Benar katamu wahai anakku. Ibu mahu bertaubat.” Si ibu benar-benar insaf dengan kata-kata anak gadisnya.
Begitu tersentuh hati Khalifah Umar bin Khatab apabila mendengar perbualan itu. Dia mengajak Aslam supaya segera meninggalkan tempat itu. Sebelum itu beliau sempat menyuruh Aslam menandakan rumah itu supaya mudah dicari.
Keesokan harinya Khalifah Umar bin Khatab menyuruh pembantunya menjemput si ibu dan anak gadis itu datang menghadap lalu bertanyakan nama mereka.
“Wahai Amirul Mukminin, nama saya Fatimah. Ini Ibu saya bernama Zainab. Ayah saya sudah lama meninggal dunia. Kami memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan,” tutur anak gadis itu dengan sopan.
“Kamu seorang gadis yang baik. Adakah kamu setuju sekiranya aku kahwinkan kamu?” tanya Khalifah Umar bin Khatab lagi.
Gadis itu tampak terkejut. Riak wajahnya tiba-tiba berubah merah kerana berasa malu. Persis dalam mimpi dirasakannya.
“Wahai Amirul Mukminin, kami orang miskin. Sejak suami meninggal dunia, saya yang memelihara anak gadis ini hingga besar. Sekiranya khalifah ingin mencarikan jodohnya, saya sebagai ibunya berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih.” Si ibu mencelah apabila melihat anaknya berdiam diri.
Kemudian Khalifah Umar bin Khatab memanggil semua anak lelakinya yang belum berkahwin lalu berkata, “Wahai anak-anakku, gadis ini seorang yang baik akhlaknya. Siapakah antara kamu yang mahu menjadikannya isteri?”
Ashim segera menyahut, “Wahai ayahku, saya mahu berkahwin dengannya.”
Ashim dan Fatimah segera dikahwinkan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Laila Ummu Ashim. Apabila remaja, Laila dilamar oleh Marwan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Abdul Aziz. Mereka dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan salah seorang darinya bernama Umar bin Abdul Aziz.

No comments:
Post a Comment