Tuesday, January 19, 2010

Novel ‘Umar Abdul Aziz’ akan Terbit….

http://universitipts.com/index.php/site/comments/novel_umar_abdul_aziz_akan_terbit/






Nama Abdul Latip Talib adalah nama novelis genre dewasa PTS yang paling ngetop jualan buku-bukunya.

Meskipun novel-novel beliau ditulis untuk bacaan dewasa tetapi PTS mendapat laporan bahawa kanak-kanak juga sangat menyukai novel-novel beliau.

Populariti novel-novel Tn. Abdul Latip Talib dalam pasaran menyebabkan cetakan pertama novel beliau kini dinaikkan kepada 5 ribu naskhah.

Barangkali beliau adalah sasterawan pertama di negara ini yang karyanya dapat menembusi, dan sangat dimahukan oleh, kedai-kedai buku agama tradisonal di seluruh negara.

Saya terkenang kali pertama saya berdiskusi dengan beliau. Waktu itu PTS masih beroperasi di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Saya menerangkan kepada beliau tentang ciri-ciri novel bagaimana yang saya mahu supaya beliau tuliskan untuk PTS. Saya mahu meletakkan 'positioning' beliau sebagai novelis sejarah Islam.

Dalam pertemuan itu saya juga sempat bertanya, adakah beliau masih menerima royalti daripada karya-karya beliau yang sudah pernah diterbitkan. Beliau memberitahu, tidak.

Semasa saya mengusulkan kepada beliau supaya menuliskan novel-novelnya menggunakan teknik surah Yusuf, beliau juga mudah bersetuju, padahal waktu itu beliau seorang penulis yang sudah mapan, dan sudah banyak kali memenangi peraduan dan menerima pelbagai anugerah.

Pengalaman berdiskusi dengan beliau menunjukkan Tn. Abdul Latip Talib seorang yang sangat mudah dibawa berunding (dalam erti kata, waktu itu beliau setuju sahaja dengan idea-idea saya sebagai bakal penerbitnya). Malah sehingga sekarang pun beliau tetap menunjukkan sikap yang konsisten. Ini saya dapati daripada laporan-laporan yang saya terima daripada pegawai-pegawai PTS yang berurusan dengan beliau.

1 comment:

Dx said...

salam tuan...
mesti menarikkan Novel terbaru ni...