Saturday, September 26, 2009

Testimonial Pembaca Face Book Tentang Novel-novel Sejarah Islam


Seorang rakan FB saya yang menggunakan nama Ani-za menulis komen begini:

Tahniah, En. Latip. Baru tadi, anak-anak saudara saya membeli 5 buah buku En. Latip di MPH Ipoh. Sengaja saya membawa mereka berjalan-jalan ke MPH.

Saya tidak sangka novel En. Latip terkenal dalam kalangan kawan-kawan mereka. Along (bersekolah di asrama Tahfiz di KL) mengatakan kawan-kawannya ada koleksi novel En. Latip.

Kakaknya (yang bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA), berkata ustazahnya dan kawan-kawannya pun sibuk bercerita tentang novel En. Latip tersebut.

Selepas ke MPH, kami ke pusat boling pula, sambil berjalan, anak-anak saudara saya membaca novel itu.

Di pusat boling, ketiga-tiga anak saudara saya itu asyik baca novel En Latip. Dahsyat juga tarikan novel En. Latip.

Saya pula, sudah booking hendak meminjam novel-novel tersebut. Insyaallah, saya akan rekomen kepada library di sekolah saya supaya membeli set novel En. Latip.

Seorang lagi rakan FB yang bernama Suzianee Omar Ramih pula menulis komen:

Tadi saya pergi mencari novel ini di Borders Tropicana City Mall. Saya mahu membelinya, hendak baca dan simpan sebagai koleksi tetapi tidak ada di sana. Sudah habis stok.
Saya suka novel keluaran Abdul Latip Talib ni... Best!

Semoga lebih banyak dan berjaya hasilkan buku-buku macam ini.

Nota: Tn. Abdul Latip Talib menuliskan novel-novel beliau menggunakan Teknik Surah Yusuf.

Stori ini boleh juga dibaca di blog ini:


http://universitipts.com/index.php/site/comments/testimonial_pembaca_face_book_tentang_novel_sejarah_abdul_latip_talib/


2 comments:

cia said...

Good job......thankyou Allah...
May Allah bless you....aminnnnn

Aizat Sofian said...

banyak sangat novel pakcik..nanti buatlah satu siri terus..senang sikit nak beli..kalau boleh bagilah diskuan sikit pakcik..hehe..

saya mula baca kisah khalid alwalid..baru nmpk gambaran sebenar kisah sahabat dahulu..kalau baca buku sirah sangat membebenkan tapi cara ini bercerita ini sangat mudah dan efisyen

"berceritalah agar mereka jadi golongan berfikir"