"Saya ini seorang hamba, tuan boleh buat apa saja yang tuan suka ke atas diri saya. Tetapi itu cuma pada tubuh kasar saja. Tuan tidak dapat menguasai fikiran saya, perasaan saya dan hati saya. Penyiksaan yang tuan lakukan tidak dapat mengubah keyakinan saya terhadap Islam," begitu kata-kata Bilal bin Rabah ketika disiksa oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf.
Gambar hiasan dilukis oleh En. Ruslan
Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Karena itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' (putra wanita hitam).
Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Setelah ayahnya meninggal dunia Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.
Bilal termasuk mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu lalu diseksanya Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.
Kerana itu Bilal bin Rabah disiksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dipukul kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil maka dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala dan padang pasir panas membara Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu Bilal disebat dengan cemeti dan ditindih dadanya dengan batu. Namun Bilal tetap teguh imannya menghadapi penyiksaan tersebut. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al Latta dan al Uzza tetapi mulut Bilal menyebut “Allah...Allah…Allah.”
Siksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as Siddiq lalu membelinya dari Umaiyah dengan harga Sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Munurut Abu Bakar pula jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.
Apabila Nabi Muhamad diberitahu mengenai perkara itu baginda memuji Abu Bakar as Siddiq dengan berkata "Kalau begitu, biarkan aku berkongsi denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar."
“Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal,” kata Abu Bakar as Siddiq pula.
Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman iaitu zaman Jahiliyah atau zaman sebelum kedatangan Islam, Zaman Nabi Muhamad SAW pembawa risalah Allah dan Zaman Khalifah ar Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.
Pada zaman Jahiliyah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah beliau dilantik menjadi tukang azan (Bilal). Beliau juga turut serta semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW.
Sesudah Nabi Muhamad SAW wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut naman “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.
Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as Siddiq, Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang mereka yang engkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sekali lagi Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dibenarkan. Bilal membawa isterinya sama-sama pergi berjihad pada jalan Allah. Keduanya turut bersama tentera Islam menakluk Baitul Maqdis.
Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan (Bilal) di Masjidil Haram. Tetapi ditolak oleh Bilal.
Apabila pulang ke Madinah Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi ditolak juga oleh Bilal. Kemudian Khalifah Umar al Khattab sendiri yang memujuk Bilal namun tidak Berjaya juga. Kerana tidak sanggup berada di Madinah maka Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.
Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan sehingga mereka marah terhadap Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.
Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah/ 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.
12 comments:
Assalamualaikum pakcik.Kami Amira dan Adriana,adik kepada kakngah kami yang bernama Liza.Kami guna akaun kakngah kami untuk masuk blog pakcik.Alamat kakngah kami ada dua.Http://ciklieyzaonline.blogspot.com
dan http://salamdariutara.blogspot.com.
Kami jumpa blog pakcik dekat situlah.
Kami sekolah darjah 3 dan 4.Kami suka baca cerita dekat sini. Pakcik,kenapa Bilal tak nak jadi tukang azan pakcik?
Assalamualaikum Adik Amira dan Adriana.
Terima kasih kerana sudi membaca blog Pak Cik. Dan terima kasih kerana sudi bertanya mengenai kisah Bilal bin Rabah.
Untuk makluman adik kisah Bilal bin Rabah ini telah siap dijadikan novel dan akan terbit tidak lama lagi. Riwayat hidup Bilal itu diceritakan sejak dari lahir sehingga meninggal dunia. Kisah sedih, gembira dan sebagainya yang berlaku dalam kehidupan Bilal semuanya diceritakan.
Bilal sangat sayang terhadap Nabi Muhamad SAW kerana baginda yang membimbingnya dengan ajaran Islam. Dari seorang hamba yang dipandang hina akhirnya diangkat menjadi orang yang mulia. Kerana itu Bilal sangat cinta kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW.
Apabila Nabi Muhamad SAW wafat, Bilal berasa sangat sedih kerana kehilangan insan yang disayanginya. Kesedihan Bilal itu memang berasas kerana dia yang paling rapat mendampingi Rasululah SAW. Dia yang menguruskan keperluan baginda termasuk perbelanjaan hariannya. Sebelum waktu subuh Bilal berdiri di pintu rumah Rasulullah menanti kemunculan baginda untuk bersama pergi ke masjid.
Kerana itu apabila Rasulullah SAW wafat, Bilal berasa hidupnya kosong kerana orang yang paling disayanginya sudah tidak ada lagi. Apabila melihat pintu rumah Rasulullah tertutup rapat, dia menangis. Kesedihan itu paling dirasakan apabila dia melaungkan azan, Dia menangis terisak-isak apabila menyebut lafaz “Ashaduanna Muhamdar Rasulullah” seperti yang terdapat dalam azan.
Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan lalu meminta kebenaran Khalifah untuk pergi berjihad di medan perang. Bilal juga terpaksa pergi jauh dari Madinah untuk mengubat kesedihannya. Sehingga akhirnya beliau meninggal dunia di Damsyik.
Pak latip, saya kagum novel pak latip diminati oleh kanak-kanak remaja dan orang dewasa. Khabarnya novel Ali bin Abi Talib digam oleh PTS kerana komplen dari pembaca yang menghantar surat layang, Betulkah apa yang saya dengar?.
Petang tadi saya ke PWTC tengok pesta buku. Singgah di gerai PTS. Saya tanya seorang lelaki (petugas PTS) mana Pak Latip. Dia jawab Pak latip bukan lagi penulis PTS. Terkejut saya.
Apa dah jadi Pak latip?. Boleh tolong jawapkan?.
buku baru paklatip ya.. inshaAllah bila ada dipasaran nanti kami akan cari..dan dapatkan nya.
Walid
Harap2 apa yang tuan dengar itu tidak benar :)
Zino
Novel Bilal bin Rabah itu akan terbit tidak lama lagi. InsyaAllah.
Assalamu'alaikum.
Subhanallah. syukran ats komen Encik Latip pd blog sy.. InsyaAllah, kami akn cuba mendalami sirah. kelak generasi akn dtg dididik utk menegakkan agama Allah. sy sangat suka karangan encik Latip. sy akn trus membaca novel2 Encik Latip. insyaAllah.
syukran kerana sudi meninggalkan komen di teratak usang sy...
Teruskan menulis ya Encik Latip.mga2 tulisan Encik Latip terus dapat menyedarkn anak muda sekarang tentang prjuangan pahlawan2 islam yg lalu sehingga meninggalkan kesan yang hebat pada zaman ini..insyaAllah.
Wallahhu'alam.
p/s: sy xtahu nak bahasakan encik latip apa. umur sy 2o..
salam. encik latip, saya nak tahu sejarah al hambra sebenar boleh tak? saya pelajar senibina uia. dan, saya sangat berminat dengan binaan islam macam al hambra..boleh tak Encik Latip ceritakan. terima kasih.
Munadhia
Panggil saya Pak Latip :)
Antara buku rujukan saya semasa menulis Sultan Muhamad al Fateh ialah ISTANBUL IKTIBAR SEBUAH EMPAYER Oleh PAHROL MOHAMAD JUOI.
Dalam buku itu pengarang menceritakan pengalamannya semasa berada di Turky. Ada diceritakan mengenai Kota al Hambra dan sejarahnya.
Cuba dapatkan buku itu.
saya kagum dengan iman Bilal bin Rabah.
salam...wah....sya rasa..org yang pergi mekan n madinah nie..kena baca kisah sahabat dulu.,,baru rasa feel time kt mekah n mdinah....btoi x ...pak cik..
Assalamualaikum pak latip...nama saya sumaiyah..sudah lama sy cari novel berkenaan leftenan adnan... tp tk jumpa.. mungkin kewujudan novel itu tk di sedari walaupun sy mencari.. blog pak latip pn br saya jmpe.. bagaimana sy nk dptkan novel leftenan adnan ehh.. blh pak latip beritahu bagaimana caranya?? sy ingin sgt membaca novel tersebut... novel-novel pak latip yg lain blh di beli di mana??
Mak Su
Bilal bin Rabah memang hebat. Jangan lupa beli bila sudah terbit :)
Anak Pendang Sekeluarga
Kalau tidak pergi Mekah dan Madinah pun elok baca juga :)
Sumie Suhaimi
Novel Leftenan Adnan dan novel2 saya yang lain boleh dibeli di rangkaian kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain. Atau boleh juga pesan terus daripada penerbit.
Post a Comment