Tuesday, April 28, 2009

DRAMA TV KISAH SEJARAH

Kita mempunyai ramai pahlawan terbilang. Alangkah bagusnya jika kisah mereka di filem atau dijadikan drama TV.

Di Negeri Sembilan ada Datuk Moyang Saleh dan Pendekar Siamang Gagap. Di Melaka Dol Said Pahlawan Naning. Di Johor Si Bongkok Tanjung Puteri, di Kelantan Tok Janggut, di Pahang Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Di Sarawak Rentap dan ramai lagi.

Apabila kisah sejarah tanah air dijadikan drama tv pastinya boleh menarik minat orang ramai terutama generasi muda mengetahui serta menghayati sejarah tanah air kita. Dengan ini boleh memupuk semangat kebangsaan serta menanamkan rasa cinta terhadap Negara kita.

Sesungguhnya, pengetahuan tentang sejarah Tanah Air akan mendorong kepada kefahaman dan perpaduan. Sejarah juga memainkan peranan sebagai pencari kebenaran, pembentuk sikap yang kritis, pemupuk semangat kebangsaan dan pencipta keperibadian kebangsaan Malaysia.

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Wahai YB Datuk Seri Utama, alangkah bagus sekiranya RTM dapat menyiarkan drama kisah-kisah sejarah tanah air kita.

Kisah sejarah pahlawan Mat Kilau antara yang menarik dijadikan drama tv.



Setelah Roboh Kota Melaka juga boleh dijadikan drama tv.


Semoga satu hari nanti kisah Si Bongkok Tanjung Puteri ini dapat ditonton melalui tv.



Novel Leftenan Adnan ini juga boleh diadaptasikan untuk drama tv.





23 comments:

D'Rimba said...

Media sekarang mengejar keuntungan wang tanpa mengambil berat untuk mendidik anak bangsa melalui rancangan yang diterbitkan...........

ABDUL LATIP said...

D'Rimba,
YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sekarang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau seorang yang banyak idea. Suka kepada budaya Melayu. Moga-moga ada perubahan.

Angin sudah mula bertiup, pokok sudah mula bergoyang. Moga buah yang ranum itu gugur tidak lama lagi. Moga ada rezeki saya :)

cia said...
This comment has been removed by the author.
cia said...

adakah novel yg berikut:::("Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.")

FAKTA diatas yg takperlu di bukukan kerana : Askar melayu bersama askar British, ia tidak mencerminkan penulis Islam yg syumul ....dan fakta itu salah dan telah dibuktikan......

cia said...

sebagai penulis Islam ...tak jual Agamanya........

walid said...

Pak Latip jangan layan penulis Syiah yang kurang waras itu. Orang yang gila jihad menamakan dirinya CIA. Adakah itu tanda pejuang jihad yang syumul?. Gila isim kot hihihih. Saya tetap sokong pak latip. CIA itu Syiah. Memang gitu cara mereka. Jangan dilayan....

HO KAM YIN said...

Saya suka datang ke blog ini. Ada yang menarik untuk dibaca.

cia said...

Walid....awat hang stupid sgt, syiah...
aku cuma nak tanya fakta yg tepat..
adakah fakta yg dikeluarkan itu tepat, kalau tak tepat...kenapa penulis buku kan cerita utk tatapan anak2 yg sedang menimba ilmu.

lagi satu, ape yg kau sibuk dgn syiah.. syiah atau sunni adalah rumpun dlm islam, ada yg baik dr syiah kita guna yg buruk kita buang, sunni, byk ke sunnah yg telah diamalkan (wajib, sunat dan haram)oleh ahlinya.** sy ahli sunnah wal jamaah**

CIA tu singkatan dr nama sy Zakaria... family sy pggl CIA, nama saje...

walid said...

cia
aku dah tengok blog hang...komen aku?...menyampah...tu jer..

hang berlagak nak jadi mujahid...tapi lagak hang ibarat anjing kurap bercawat ekor yang suka menyalak di rumah orang...

aku ni salah seorang peminat novel2pak latip. aku seorang guru yang tugasku mendidik anak-anak bangsa kita. aku hargai usaha pak latip menulis novel leftenan adnan...sebelum ni org tak tulis pun ...dia tulis...itu sudah bagus...tapi hang pulak nak pertsoalkan faktanya tepat atau tak tepat.

kalau tak tepat pun faktanya tak mengapa sebab yang penting perjuangan leftenan adnan itu sudah dibukukan.

kalau tak tepat pun faktanya adakah itu mendatangkan keburukan? kepada pembaca?. tidak...

orang yang busuk hati macam hang saja yang rasa macam itu.

Komen hang itu menampakkan niat busuk di hati hang yang mengaku seorang mujahid tapi tak hormati perasaan orang lain...cara hang menegur itu menampakkan busuk hati hang pada oak latip...itu yang aku tak suka...hang atak berhemah...sebagai orang yang mengaku pejuang islam hang sepatutnya lebih berhemah tinggi supaya dihirmati...tak baik...beginikah sikap seorang yang mengaku mujahid?

sekian komen aku pada hang...CIA.

April 30, 2009 11:14 PM

walid said...

Tambahan....

ada penulis yang memasukkan fahaman syiah dalam novelnya...itu yang lebih bahaya dari salah fakta...apa komen hang?

cia said...

Khalid Al Walid...(pedang Allah)gelaran diberi..
hang dah baca ke buku Al Fateh, salahudin, iqramah, tariq ziyad, Abu Bakar, Omar...
mana mereka nak bersama org murtad (BN) kafir...kau seorang guru bertuhankan manusia dgn undang2nya dan Demokrasi skrg nie.....ke???(aku tanya ye..)....

cia said...

pak latip Talip tlg komen awalan bicara sy ye...klu sudi..sy org biasa buka mcm atuk Rais.. i love your book..

walid said...

CIA
baru aku tahu kenapa kau marah. sebab pak latip baik dengan orang BN?. itu sebab kau tuduh dia menjual agamanya...astagfirullahal azim.

Orang BN pun Islam. Kenapa kau tuduh mereka kafir?. Ramai ustaz, imam, kadi, mufti menyokong BN. Adakah mereka juga kau tuduh kafir?.

Aku sokong kalau novel2 pak latip dijadikan drama tv. itu tak bermakna dia menjual agamanya. bila tv siarkan kisah sejarah itu lebih baik dari rancangan yang dah ada selama ini.

elok kau pandang di segi kebaikannya. jangan senang2 tuduh BN kafir.

Sebagai seorang guru memang aku menyokong BN. Aku seorang islam. Sembahyang, puasa, bayar zakat dan lain-lain. Ramai pemimpin BN begitu. Tergamak hang tuduh kami kafir?

cia said...

ramai je imam even mufti, tp tak betul tolak islam pon tak guna ape.....islam tp taknak islam.
tak guna ape tuan . "kafir tu kufur dgn perintah Allah .kita fikirkan same3.

Masa Rasulullah saw, dah ada golongan ni....solat belakang nabi saw lagi.

cia said...

lagi 1, yg menyedikan rancangan tv dr 50thn hgga sekarang adalah dr Umno BN, so bestkan sajian nye...yg ko sokong lagi buat ape. Ulamak kata jgn sembah tugu, korang lawan , tiap2 tahun korang BN tunduk hormat pd patong tu,

contoh yg simple (byk lagi) ...nampak biasa je tp ........ (rosak aqidah) kau sokong lagi,,

walid said...

cia
syaitan dilaknat tuhan sebab apa?. dia rasa diri dia hebat dan mulia sangat. macam ko juga rasa ko je yang Islam tulin orang lain semua tak islam.
bila ada rasa riak dan ujub dalam diri awak sia-sia je amalan awak.

arif fadilah said...

salam,
wahai saudara islam ku yg beriman.
berhati-hatilah apabila berkata-kata.
berpeganglah pada prinsip wasatiyau itu. bersederhanalah apabila kita berbicara kerna pasti syaitan akan mengapi-apikan amarah kita.

jadilah kita pejuang islam yang betul punya ciri-ciri islam itu sendiri. sedangkan Musa dan Harun disuruh berbicara dengan baik dihadapan firaun oleh Allah. apatah lagi kita ini yang sedang berbicara sesama manusia yang seagama.

bertukar-tukarlah pendapat dengan bijaksana, bukannya melaknat.kerna itu pasti dicela oleh syariat.

maaf, saya ini pengunjung baru di laman ini...

ABDUL LATIP said...

Tuan Arif Fadilah,
Terima kasih kerana memberi nasihat yang baik.

cia said...

walid...aku rasa rika dan ujub, bila berlakon dihadapan org, dlm blog adalah dibelakang org... depent niat aku..insyallah......*bila BN langgar syariat islam , tak islam lahhh..senang je,,,ko tanya lah ulamak mana pun sambut hari pahlawan BN tu syirik ke tak????...kufur

Tuan Arif Fadilah,...aku nak tanya hang...aku tanya fakta dlm blog Latip Talip lalu dituduh syiah oleh guru BN ni,,,lalu dipanggil anjing oleh guru tu...apa punya guru ni....kan itu semua salah BN yg mendidik guru mcm tu...adakah syiah tu tak islam...

cia said...

Bila org islam terlalu lemahlembut dgn musuh , itu lah berlaku skrg....takut pd manusia , tak takut dgn Allah....letak perasaan marah tu kena pd tempatnya...mcm para sahabat nabi saw

miashaf said...

Mungkin mana-mana fakta yang terbukti salah boleh dibetulkan.

Andai ternyata ada pihak yang salah, boleh ditegur secara berhikmah.

Jadikanlah Rasulullah sebagai suri tauladan kita.

InsyaAllah

ABDUL LATIP said...

Miashaf
Banyak fakta-fakta sejarah kita yang sudah diselewengkan oleh penjajah. Contohnya, mereka yang menentang penjajah dikatakan penderhaka. Tetapi kita menganggap mereka sebagai pahlawan.

Tetapi saya berharap sangat jangan fakta yang remeh temeh itu dijadikan hujah untuk menyalahkan saya. Sebagai contoh, jumlah askar Melayu yang terkorban ketika menentang askar Jepun dalam perang dunia ke dua dulu. Siapa yang tahu jumlah yang sebenar?. Melainkan dari catatan yang ada.

Mohd Fadzly Abdul Karim said...

Asslmualaikum.. Pak Latip ada x buku si bongkok tanjung puteri dalam simpanan? Boleh jual kepada saya. Sudah puas saya mencari tapi x mendapat.