Friday, October 17, 2008

NOVEL TERAKHIR DENGAN PTS FORTUNA


Pada 5hb Oktober yang lalu saya ada siarkan entri bertajuk NOVEL KE 13. Semasa menulisnya saya teringat mengenai kepercayaan orang Barat dan Eropah yang takut dengan angka 13 dengan anggapan angka itu membawa sial. Tetapi dalam Islam tidak ada angka yang sial.

Entah secara kebetulan barangkali, novel ke 13 itu merupakan novel saya yang terakhir dengan PTS Fortuna.

15 comments:

walid said...

knape pak latip? merajuk? penulis mesti ada semangat waja. mana boleh majuk2. yg penting pak latip terus menulis.

cikMilah said...

kenapa yang terakhir?
lepas ni nak terbitkan novel sendiri ya?

sedih saya baca latar belakang novel BAP --- separuh Penang rupanya Paklatip ya...bila balik sini bagitau saya ya....

ABDUL LATIP said...

walid,

Jangan silap sangka saya bukan merajuk. Kalau merajuk rugi haha.

PTS Fortuna sudah digabungkan dengan PTS Millennia. Novel2 saya selpas ini dengan PTS MIllennia pula. InsyaAllah.

ABDUL LATIP said...

Cikmilah semoga sihat sejahtera. Amin.

Maksud yang terakhir sebab PTS Fortuna sudah digabungkan dengan PTS Millennia.

Terbit novel sendiri?. Belum terlintas di hati. Biarlah saya menjadi penulis saja.

Ayah saya orang Tanjung Bungah menetap di Singapura.

NURAZZAH8 said...

Salam Pak Latip, saya baru semalam ke MPH di SACC Mall, Shah Alam. Baru ada novel Left. Adnan (hari tu saya datang salesboy tu kata novel tu belum sampai lagi), saya beli novel Lft Adnan dan Sultan Muhammad Al-Fateh.... novel Abu Ubaidah ini sudah terbit kah? kerana saya tidak nampak pula ada dijual di MPH semalam??? Kalau sudah terbit boleh kah Pak Latip kirimkan kepada saya, saya akan bank-in duitnya dlm akaun Pak Latip...
Terimakasih.

ABDUL LATIP said...

Nurazzah8,

Abu Ubaidah al Jarrah sudah terbit mungkin tidak lama lagi ada dijual di kedai-kedai buku.

Okey, nanti saya kirimkan satu naskhah siap dengan tandatangan :)

Suhana said...

Akan cari Left Adnan :). Tak sabar nak baca

dahirisaini said...

salam pak latif, agak lama saya x jengok blog kekawan, sibuk. namun ari ini trgerak jengah blog pak latif. bangga dgn semangat pak latif menulis dan terus menulis... cemburu ada juga hihihihihihi syabas dan tahniah, teruskan menulis, meskipun kita sedar, bidang penulisan x seperti bidang lain.

ABDUL LATIP said...

Kusyi Hirdan,

Sudah dapat novel Leftenan Adnan?.
Saya sedang baca Takdir Nor Aida. Menarik kisahnya :)

ABDUL LATIP said...

Dahirisaini,

Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Cemburu?. itu petanda baik kerana boleh memberi semangat kepada saudara untuk menulis.

Memang betul bidang penulisan tidak seperti bidang lain. Tetapi inilah bidang yang kita minati.

nafisatul.ilmi said...

pak latip banyak menulis tentang sejarah :)

saya suka baca biografi seseorang
yang menyumbang kepada kebaikan ummah..

saya amat gemar membaca tetapi rasanya
tidak ada bakat untuk menjadi
penulis.. hehe ^_^

ABDUL LATIP said...

nafisatul.ilmi

Sekarang saya memang minat menulis novel sejarah kerana masih ramai tokoh-tokoh sejarah yang belum dinovelkan kisahnya.

Nafisatul.ilmi gemar membaca dan sudah ada minat hendak menulis. Bakat boleh diasah. Apa yang penting ialah minat dan usaha.

Nafisatul.ilmi juga boleh menjadi seorang penulis. InsyaAllah.

BFH 6261 said...

setakat ni saya ada 4 koleksi karya pak latip. Saya suka cara pak latip mengarang. Teruskan usaha.

ABDUL LATIP said...

Mohd Afiq

Terima kasih atas pujian :) InsyaAllah saya terus menulis.

Nafisatul Ilmi Z. said...

saya paling suka buku yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. saya sekarang sedang menyiapkan sebuah novel untuk dihantar ke Galeri Ilmu.