Monday, October 6, 2008

ISTANA MENANTI

Istana Menanti yang diterjemahkan dalam Bahasa English pada tahun 2000

Istana Menanti yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu terbit pada tahun 1998.


Dalam tahun 1998, Utusan Publications & Distributors menerbitkan Balai Sejarah mengandungi 8 novel dan 2 antologi cerpen. Daripada 8 novel itu 2 di antaranya karya saya berjudul Istana Menanti dan Pendekar Siamang Gagap. Kedua novel itu diterjemahkan ke dalam Bahasa English diterbitkan pada tahun 2000.

Tetapi entah kenapa siri Balai Sejarah itu tidak diteruskan lagi.

Tahun lepas saya dapat membeli novel tersebut dalam jumlah yang agak banyak dengan harga paling murah.

Kata orang tuah ayam pada taji. Tuah penulis pada bukunya. Hari ini saya dapat berita yang mengembirakan. Semoga berita itu benar dan menjadi kenyataan. Sekiranya benar, apa lagi yang patut diucapkan selain Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

13 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Adakah novel tuan dipilih oleh kementerian pelajaran? Saya doakan begitulah. Amin.

ABDUL LATIP said...

Sifu Puan Ainon,

Saya ada menghantar emel kepada puan. Terima kasih.

walid said...

Pak Latip

Biar saya teka. Buku ini menang hadiah sastera negeri sembilan 2008. tahniah.

ABDUL LATIP said...

Saudara Walid

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Pandai saudara meneka :)

Nisah Haji Haron said...

Tahniah Pak Latip,
Saya juga mendapat angin tentang khabar gembira "Istana Menanti". Saya sungguh bersyukur.

ABDUL LATIP said...

Nisah,

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Apabila perkara itu dimaklumkan saya rasa terkedu. Betul-betul tak sangka. Sebab itu berasa syukur yang amat sangat.

ABDUL LATIP said...

Tuan Walid

Maaf saya bergurau. Tekaan tuan salah kerana tahun 2008 tidak ada Anugerah sastera Negeri Sembilan sebab diadakan dua tahun sekali.

Hasnahmk said...

Salam perkenalan Pak Latip

Mohon izin memanggil tuan begitu...terima kasih meninggalkan komen di blog saya. Rasa terharu kerana mendapat komen daripada pengarang terkenal seperti tuan. Saya pun peminat novel-novel Pak Latip juga.

ABDUL LATIP said...

Hasnah,

Saya juga terharu kerana blog itu digunakan sepenuhnya bagi mempromosikan buku-buku terbitan PTS. Sudah pasti penulis-penulis PTS yang lain juga turut rasa begitu. Apatahlagi Puan Ainon, Tuan Arief dan warga kerja PTS.

walid said...

Pak Latip

Saya nak tahu apakah kandungan buku Istana Menanti?. cari di kedai tak ada. Boleh Pak Latip ceritakan sedikit pasal buku ini?.

கே.பாலமுருகன் said...

salam penulis. saya penulis tempatan tamil dan juga seorang guru. saya telah membaca novel tuan, dan ia sangat menarik dari segi konsep sejarah. tahniah. saya nak tanya bahawa boleh tak saya translate novel ini dalam bahasa tamil? ia akan menjadi lebih menarik dikalangan golongan pendidikan dan warga india di malaysia da di seluruh negara.

bagi pengetahuan tuan, saya sedang menulis dalam blog tamil saya dan juga pernah mendapat penulis terbain asia pasifik dalam pertandinagn cerpen tamil scince fiksyen.

Md Manshor Ab Jok said...

Istana Menanti yg rujuk kat novel tg. 1 tu yg mana yea??? keliru!!!

Md Manshor Ab Jok said...

istana lama seri menanti = istana menanti??? atau istana pulih atau ada istana lain... atau istana tu memang tak wujud da... nak tau... mudah gi tau kat budak... tuan penulis tolong....