Rembau adalah tempat kelahiran saya. Kerana itu apabila dijemput menyampaikan ceramah di sana sempena kempen galakan membaca perengkat daerah Rembau pada 14hb yang lalu saya terus menyatakan kesanggupan.
Pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Rembau. Mereka yang berminat telah dipilih bagi mewakili sekolah masing-masing.
Kebanyakan mereka baru kali pertama mengikuti bengkel penulisan kreatif. Ada di antara mereka yang minat menulis sajak, cerpen dan novel.
Di akhir bengkel peserta yang berminat menulis sajak diminta menulis sebuah sajak, mereka yang berminat menulis cerpen diminta menulis permulaan sebuah cerpen dan mereka yang berminat menulis novel diminta menulis sinopsis novel. Kebanyakan mereka berjaya menyudahkan tugas yang diberikan.
Semoga dari bengkel yang singkat itu dapat menambahkan lagi minat mereka di bidang penulisan.
Entri berkaitan boleh juga dibaca di blog
http://latiptalib.blogspot.com
3 comments:
Asalamualaikum!
Mana foto-foto di Johor?
Sifu Puan Ainon,
Gambar saya semasa penyampaian hadiah di Johor gelap jurufoto silap ambil gambar :)
salam pak latif, ilmu jika diberikan kepada sesiapa saja, maka ia menjadi seperti air mengalir lalu membentuk lautan, semoga dingin semuanya,
tahniah.
Post a Comment