Semasa mengumpul maklumat untuk menulis novel Leftenan Adnan saya berusaha menjejaki warisnya di Kampung Sungai Ramal, Kajang tempat kelahiran pahlawan itu tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak menetap lagi di tempat tersebut. Ada yang mengatakan mereka berada di Johor Bahru, Melaka dan Seremban. Saya hampir mati akal hendak menjejaki mereka kerana tidak sesiapa yang tahu alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.
Usaha menjejaki waris Leftenan Adnan saya siarkan dalam blog ini dengan harapan ada pembaca yang boleh membantu. Puan Ainon juga membantu dengan menyiarkan entri yang sama dalam blognya. Begitu juga dengan Abang Long turut membantu dengan menyiarkan entri dalam blognya.
Usaha itu mula menampakkan hasil apabila seorang pembaca yang dikenali sebagai AURAKAYA meninggalkan mesej dalam ruang komen entri tersebut bahawa isterinya berkawan baik dengan salah seorang cucu Leftenan Adnan bernama Wan Sofia Zainuddin. Akhirnya saya berjaya menjejaki mereka.
Melalui entri ini ingin saya mengucapkan terima kasih kepada AURAKAYA kerana dengan bantuan beliau akhirnya saya dapat menjejaki waris Leftenan Adnan.
1 comment:
syukur alhamdulillah.. pak latip dh berjaya menemui mereka. saya sekadar mampu membantu apa yang terdaya. semoga terus sukses menerbitkan novel tersebut.
Post a Comment