Sunday, June 1, 2008

MENYAMBUT HARI LAHIR

Hari ini 2hb Jun, saya menyambut hari jadi yang ke 54.

Terima kasih kepada Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani kepada hambaNya.

Terima kasih kepada insan-insan tersayang yang tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir.

Doakan semoga diri ini sentiasa dalam rahmat dan keampunan, sihat tubuh badan dan akal fikiran, dilimpahkan rezeki, diberi ilham dan kekuatan untuk mengarang, bahagia hidup di dunia dan akhirat. Amin.

7 comments:

nUr@dDeEn said...

Salam,
Pak Latip,
Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran.
Semoga panjang umur
Dimurahkan rezki
DiberkatiNYA.
Semoga Pak Latip terus kuat menulis!

S. Rafidah H. Basri said...

Assalamualaikum...Pak Latip.

Tidak terlambat untuk saya ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Lahir' buat Pak Latip.

Semoga usia yang dikurniakan oleh Allah ini dapat digunakan untuk mempertingkatkan ibadah dan seterusnya didoakan agar rezeki yang diberkati terus dilimpahkan buat Pak Latip sekeluarga. Amin.

ABDUL LATIP said...

Salam saudara nur@dden

Alhamdulillah dan terima kasih atas ucapan dan doa yang baik untuk saya. Amin.

ABDUL LATIP said...

Puan S.Rafidah

Waalaikumsalam Warahmatullah. Terima kasih atas ucapan selamat menyambut hari lahir.

Semoga Puan Rafidah juga dilimpahi rezeki serta rahmatNya. Amin.

Md Hazali said...

Assalamualaikum Pak Latip,

Harap jangan jemu untuk terus menulis. Jika berkesempatan, berilah juga kami-kami ini sedikit ilmu dan nasihat yang berguna.

Selamat menyambut hari lahir. Kebaikan yang Pak Latip taburkan pasti akan dikenang sepanjang zaman.

Wassalam

Peminat said...

Buat Pak Latip,

Selamat hari lahir daripada kami, warga PTS. Semoga terus berjuang memandaikan bangsa! Semoga bahagia dunia & akhirat. Amin....

86_maturist said...

salam...

walaupun dah terlambat...
selamat hari lahir.....dari saya.