Sunday, April 6, 2008

PESTA BUKU DAN MPH



Gembira tengok buku-buku mendapat tempat di kedai utama seperti MPH.




Pada 6hb (Ahad) sekali lagi saya ke booth PTS. Tetapi kali ini bukan untuk sessi bertemu pembaca tetapi sekadar berjalan-jalan dan melihat suasana.

Saya juga membawa seorang anak angkat baru berusia tujuh tahun. Amirul namanya. Sedang saya berbual-bual dengan Puan Ainon dan kawan-kawan Amirul memilih sendiri buku-buku yang menarik minatnya. Ternyata kanak-kanak amat meminati buku-buku PTS. Bukan sebuah yang dipilihnya tetapi lebih sepuluh buah. Mujur PTS memberi potongan harga istimewa kepada penulisnya.

Kemudian singgah di booth al Ameen berjumpa dengan Faisal Tehrani. Novel-novelnya juga laku keras.

Pada sebelah petang sempat ke MPH Alamanda. Itulah pertama kali saya ke sana. Khabarnya bulan Mac saja lebih 2,000 buku PTS laku di kedai yang menjadi tumpuan keluarga elit itu.

Novel-novel terbaru PTS turut di pamerkan di ruang utama. Novel-novel saya juga turut dijual tetapi diletakkan di rak buku umum. Gembira hati melihat semua novel saya dengan PTS ada dijual di situ. Khabarnya Salahudin Penakluk Jerusalem, Amir Hamzah jilid 1 dan Tariq Menang atau Syahid tersenarai dalam 30 judul yang laris di MPH Alamanda. Alhamdulillah.

Semasa berada di situ ada seorang budak lelaki yang ditemani ayah dan ibunya membeli novel Salahuddin Penakluk Jerusalem. Setelah mengetahui saya penulisnya lantas si ayah meminta saya menandatangani pada buku itu.

Seorang pekerja MPH bertanya adakah saya datang dihantar oleh PTS. Saya jawab tidak.

"Saya cuma nak jalan-jalan," kata saya.

11 comments:

cikMilah said...

Assalamualaikum PakLatip, nanti kalau nak mai MPH Penang, bagi tau saya ya!

NOVEL SEJARAH said...

Cikmilah, Waalaikumsalam.

Kakak saya ada di Tanjung Bungah. Kalau saya ke rumahnya nanti singgah di MPH Penang. Nanti saya beritahu cikmilah.

S. Rafidah H. Basri said...

Assalamualaikum Pak Latip.

Ruginya saya tidak bertemu Pak Latip di MPH Alamanda. Selalunya setiap sabtu@ahad pasti saya akan ke sana menghilangkan rasa kebosanan. Dengan melihat buku-buku di situ terubat juga kebosanan itu.

Ada rezeki mungkin kita bertemu.

*Saya belum berkesempatan ke pesta buku namun saya tidak pasti adakah boleh saya ke sana apabila melihat keadaannya yang sesak. Bimbang saya terjatuh dan kaki kejang kerana lama berjalan nanti:(

NOVEL SEJARAH said...

s.rafidah h.basri, waalaikumsalam semoga ceria selalu dan jangan lupa terus menghasilkan karya.

Rumah Rafidah tak jauh dari Alamanda? InsyaAllah satu hari nanti kita jumpa.

Keadaan di pesta buku memang sesak terutama pada hari sabtu dan ahad.

S. Rafidah H. Basri said...

Rumah saya di Seri Kembangan tetapi jarak ke Putrajaya hanya mengambil masa 15 minit sahaja. InsyaAllah suatu hari nanti pasti bertemu.

Nampaknya belum rezeki saya untuk ke pesta buku.

silversarina said...

Salam Pak Latip,

Saya dah cuba beberapa kali masuk blog ni tapi tak dapat... harap pak latip masih ingat saya ( loveujordan )...saya puas cari buku paklatip di kuantan, tapi setakat ni tak jumpa lagi. sini tak de MPH.

harap nanti saya dapat beli buku paklatip direct order dari jelebu , boleh kan ???

Nisah Haji Haron said...

Salam Encik Latip,
Rupa-rupanya sudah berpindah blog. Patutlah blog lama tak dikemaskini lagi. Saya sudah pinda pautannya di blog saya.

NOVEL SEJARAH said...

Silversarina (loveujordan) Salam sejahtera. Selamat pulang ke tanah air. Terima kasih kerana sudi membeli buku-buku saya. Berikan alamat nanti saya poskan. Kalau banyak saya hantar sendiri ke Kuantan :)

NOVEL SEJARAH said...

nisah haji haron, salam sejahtera buat nisah dan keluarga.

blog lama saya ada masalah tidak boleh dikemaskinikan lagi. Terima kasih buat pautan blog baru saya yang masih belum sempurna ini.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Encik Latip ke MPH Pulau Pinang? Nanti beritahu pada saya juga, ya?
Tetapi perlu beritahu awal sebab saya kena merentas Jambatan..saya di Seberang Perai Selatan.


Kita tukar suka sama suka buku, boleh? Saya berikan Seindah Dafodil dan Puteri Salsabila. Bagaimana?

Wasalam...

ABDUL LATIP said...

Umi Kalthum Ngah, Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kita tidak dapat jumpa di pesta buku sebab saya datang 5hb Umi datang 7hb. InsyaAllah panjang umur pasti berjumpa.

Kalau berjumpa bolehlah bertukar hadiah novel :)