Tuesday, March 24, 2015

Mengembara ke Turki lagi.

kali ini ditemani isteri. juga sedang membuat kajian tentang ahmad ammar ahmad azam.
Beberapa tahun yang lalu pertama kali pergi ke turki kami singgah di kedai ini kawan saya tersepak cermin pintu kedainya hingga retak beliau tak marah malah boleh tersenyum pula tanpa menuntut ganti rugi. Selepas itu kami tak lagi bertemu. Hari ini kami bertemu lagi saya hampir tak mengenalinya. Namun beliau masih cam wajah saya. Cermin yang retak masih tak berganti namun kedainya dah semakin besar. Dulu satu puntu sekarang tiga pintu. Dulu beliau seorang yang jaga sekarang 4 orang. Saya kagum dengan beliau ini.



Ziarah tempat persemadian Ahmad Ammar di tanah perkuburan Ayyub Sultan. Al fatihah.

Selamat sampai ke istanbul setelah terbang selama 12 jam

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum tuan abdul latip, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan tuan utk menyiapkan novel tersebut... saya akan menanti terbitannya.

byk novel2 tuan yg saya kumpul dan baca. sememangnya menarik dan membangkitkan semangat...