Monday, May 30, 2011

APABILA KISAH SEJARAH DIJADIKAN NOVEL...





Selepas ceramah mengenai patriotisme dari kisah Leftenan Adnan di Auditorium Masjid Putra Putrajaya sempena sambutan hari belia 2011,saya ditanya kenapa tokoh-tokoh sejarah Islam seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dinovelkan?. Mereka memberi alasan tokoh-tokoh Islam itu tidak boleh didialogkan dalam novel kerana kata-kata mereka seperti hadis. Saya juga pernah ditanya, benarkah dialog seperti yang terdapat dalam novel itu benar-benar diucapkan oleh tokoh tersebut?.


Jika kita membaca Qissasul Anbiak atau kisah-kisah para nabi sejak dari Nabi Adam hingga kisah Nabi Muhamad saw terdapat juga beberapa dialog yang diucapkan mereka. Tidak pernah pula timbul persoalan benarkan dialog Nabi Adam itu benar-benar diucapkan oleh Nabi Adam?. Begitu juga dengan dialog Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan nabi-nabi yang lain?.

Begitu juga dalam kitab-kitab sejarah Islam contohnya Sirah Nabi Muhamad yang ditulis Muhamad al Ghazali, Dr Muhamad Salaby, Ibnu Hisyam dan lain-lain juga terdapat dialog atau kata-kata para sahabat di dalamnya. Malah buku biografi Umar Al Khattab, Biografi Uthman Affan, Biografi Ali dan Biografi Abu Bakar yang ditulis oleh Muhamad Syakir juga terdapat banyak dialog pada sahabat. Cuma dalam novel dialog mereka lebih banyak sesuai dengan konsep sebuah novel.

Kemunculan novel sejarah Islam banyak membantu anak-anak muda terutama pelajar minat serta memahami sejarah. Pembacanya dari pelajar sekolah rendah hingga university. Malah dibaca juga oleh ahli-ahli akademik. Ada yang berkata dulu tidak minat sejarah tetapi setelah membaca novel sejarah mereka jadi minat. Ada ibu bapa yang berkata sejak anaknya membaca novel sejarah pahlawan Islam sudah jadi semakin baik, jika sebelumnya malas sembahyang setelah minat membaca kisah pahlawan Islam sudah rajin sembahyang. Ada pula pembaca yang mengatakan perasaan cinta terhadap Islam dan para sahabat itu semakin mendalam setelah membacanya.




4 comments:

tawawfayakof said...

Alhamdu lillah.

Sesetengah orang ada yang tak bersetuju benar bila sejarah Islam dinovelkan. Mungkin penerangan ini lebih relevan untuk mereka.

Sastera memudahkan saya menghayati kisah-kisah lama yang benar-benar berlaku.

GREEN PLATFORM said...

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... novel2 beginilah yang mampu mangangkat martabat Islam dan mengukuhkan bahasa dan buku2 Melayu supaya tidak pupus.

Khaidir Zakaria said...

Alhamdulillah, teruskan usaha murni tuan Abdul Latip. Saya sangat meminati kisah2 sejarah islam, buku2 tuan banyak membantu saya mendekatkan diri dengan membaca kisah2 sejarah Islam.

Khaidir Zakaria

Unknown said...

Dulu saya hanya mengenali nama pahlawan pahlawan terbilang. Hanya sekadar nama. Ada juga yang saya tidak kenal langsung. Apatah lagi pengorbanan dan sumbangan yang diberi pada umat Islam dan bangsa Melayu. setelah saya membaca novel Pak Latif ianya telah memberi saya pengetahuan mengenai pahlawan-pahlawan ini. Saya rasa bangga mampu mengingati nama mereka dan khidmat mereka dalam membangunkan ummah dan bangsa melayu. :) Terima kasih buat Pak Latip. Saya doakan semoga Pak Latip panjang umur dan dapat menghasilkan banyak lagi karya seperti ini.