KARYA-KARYAKU


Wednesday, June 30, 2010

MODUL PENEMPATAN DAERAH

Seramai 107 orang pegawai Tadbir dan Diplomatik di bawah kelolaan INTAN telah dihantar ke Jelebu untuk program Modul Penempatan Daerah. Mereka menjadi anak angkat kepada 107 keluarga di sekitar daerah Jelebu. Kesemua mereka ditempatkan di rumah keluarga angkat masing-masing. 5 orang di antara mereka ditempatkan di Kampung Kerangai. Salah seorang daripada mereka menjadi anak angkat saya.

Pelbagai aktiviti telah mereka jalankan antaranya program motivasi di sekolah-sekolah, gotong royong membersih kawasan perkuburan, masjid, surau dan balai raya.

Mereka juga didedahkan dengan kehidupan masyarakat kampung khususnya dengan keluarga angkat masing-masing.

Selain itu mereka juga menemuramah ketua-ketua kampong, pemimpin masyarakat, guru-guru, pelajar dan lain-lain bagi mendapatkan maklumat berkaitan bidang masing-masing.

Pertemuan juga diadakan di rumah saya untuk sesi temuramah. Mereka ialah Noor Soraya binti Ahyaudin, Wahidah Wahid, Mohd Adib Abd Aziz, Siti Fazlina Sani, Nor Azrahani Azmi dan Aidil Hasinah Abu Bakar.




Mereka juga tertarik dengan novel sejarah Islam.

Cantiknya kaver buku ini....

Mereka ditempatkan di kampung-kampung bagi meninjau kehidupan masyarakat desa...


Bagaikan satu keluarga


Selama 2 minggu berada di Jelebu tentu banyak pengalaman menarik...


Saturday, June 26, 2010

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR

Novel ini menceritakan kisah hidup khulafa al Rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.


Kelihatan DYMM Sultan Selangor bersama Menteri Besar Selangor, ketika mengunjungi booth PTS pada majlis perasmian Gerakan Membaca Perdana sekaligus Pesta Buku Selangor 2010 sangat berminat dengan Khalifah-Khalifah yang Benar.



Baginda disambut oleh Tuan Zaharin Zain , pengurus jabatan jualan PTS.
Foto-foto di atas diambil oleh Tuan Harlym Yeoh.

Khalifah-Khalifah Yang Benar (KKYB) menjadi sebuah naskah yang bakal membangkitkan rasa ingin tahu kepada pembacanya lantas menyalurkan minat ingin mengkaji sejarah Islam dengan lebih mendalam.

Novel ini merupakan kompilasi daripada 4 buah novel sejarah Abdul Latip Talib iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.

"KKYB adalah naskhah yang sifatnya mahu mengait dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca. Ia bukan bersifat sumber primer yang berat dengan fakta dan bernada muktamad," jelas editor KKYB, Tuan Bahruddin Bekri.

Abdul Latib Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip melakarkan fakta yang membuatkan rasa ingin tahu pembaca bagi mendalami sesuatu isu.

"Misalnya dalam Perang Jamal, ia tidak disentuh secara terperinci dalam KKYB kerana sifat perang itu kontroversi dan masih menjadi perdebatan. Ia cuma ditulis sepintas lalu bagi menimbulkan rasa ingin tahu dan rasa ingin mengkaji para pembaca," kata Tuan Bahruddin.

KKYB hasil terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini diibaratkan tuan Bahruddin sebagai pintu yang cantik bagi sebuah rumah agam suram yang bernama sejarah.

"Ini dengan harapan pembaca mahu rapat ke pintu cantik itu, dan akhirnya membuka pintu itu dan seterusnya masuk lebih jauh ke rumah yang bernama SEJARAH dan seterusnya mengkaji dengan lebih lanjut," kata beliau lagi.

Lebih menarik apabila KKYB dipakejkan menjadi naskhah yang rapi dan elok rupa luarnya.

Manakala isi dalaman, ia diperkemaskan dan diusahakan bebas daripada fakta pesong dan unsur kontroversi yang tidak membantu.

"KKYB membangkitkan rasa mahu kepada sejarah, rasa mahu kepada kebenaran, dan rasa mudah kepada fitrah," jelas Tuan Bahruddin lagi.

Nota: dari nota PTS...

Sunday, June 20, 2010

ROYALTI 2009

Puan Nor Hasnah Ibrahim, pengurus jabatan kewangan PTS, memberitahu jumlah royalti yang akan dibayarkan kepada penulis-penulis PTS bagi jualan tahun 2009 adalah RM 1,898,569.45.

Cek royalti akan dikeluarkan berperingkat-peringkat setiap minggu, bermula minggu ini, sehingga hujung bulan Ogos 2010.

Top 55 Penerima Royalti Jualan Tahun 2009

1. Abdul Latip Talib

2. Ain Maisarah
3. Muhammad Alexander
4. Dr. Danial Zainal Abidin
5. Ezee Rahmani
6. Chef Hanieliza
7. Farihah Iskandar
8. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim
9. Afareez Abd. Razak Al-Hafiz
10. Ashadi Zain
11. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
12. Kursyi Hirdan
13. Aizam Aiman
14. Ainin Naufal
15. Ainon Mohd.
16. Ann Wan Seng
17. Saridah Hamid
18. Zaid Akhtar
19. Ahmad Fadzli Yusof
20. Dato' Dr. Haron Din
21. Natasya Effyzal
22. Zamri Mohamad
23. Lily Haslina Nasir
24. Umi Kauthar Abdul Razak
25. Nani Menon
26. Bahruddin Bekri
27. Shamsuddin Abdul Kadir
28. Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali
29. Majidah Mat Jusoh
30. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
31. A. Ubaidillah bin Alias
32. Osman Affan
33. Rohayati Bakri
34. Mohd Rozani Pawan Chek
35. Mohd Sharani bin Ahmad
36. Fred Suriya37. Reja
38. Jamila Mohd Kutty
39. A.Razak Adam
40. Mohamad Kholid Hamzah
41. Imran Yusuf
42. Samsudin Wahab
43. Fatimah Az-Zahra
44. Nor Hashimah Hashim
45. Azahar bin Abdul Rahman
46. Dr. Ridzwan Bakar
47. Dato' Hj. Abdul Hadi Awang
48. Zawiah Hassan
49. Ahmad Naim Jaafar
50. Hasnah binti Muhamad Daud
51. Ismail Restu
52. Saayah Abu
53. K.A. Razhiyah
54. Rohani Abdullah
55. Salina Ibrahim

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Cik Norizah Wahid, eksekutif di jabatan kewangan yang menguruskan rekod dan pembayaran royalti

Disalin dari blog universitipts

http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_55_penerima_royalti_jualan_tahun_2009/



Saturday, June 19, 2010

SUDAH TERBIT







SURAT DARI KHARTOUM

Assalamualaikum Pak Latip yang dirahmati Allah,

Nama saya Noor Azma Mohamad Khassim, sedang menyambung PhD di Sudan. Saya telah membaca banyak novel-novel Pak Latip,alhamdulillah. Nanti di Malaysia Insya Allah akan beli lagi.

Terima kasih kerana telah banyak menulis dalam bentuk novel dan menjadikan sejarah serta tokoh-tokoh semakin mudah untuk diingati dan dihayati.Sekiranya Pak Latip ada dalam perancangan mahu menulis tentang Bediuzzaman Said Nursi dan belum ada bahan-bahan, Pak Latip beritahu saya ya, saya ingin juga menumpang khidmat Pak Latip yang besar ini dengan cara memberikan bahan-bahan rujukan.

Saya menulis tesis master dan insya Allah PhD ini juga tentang Bediuzzaman Said Nursi.Saya telah cuba menulis dalam bentuk novel tetapi memang tidak mampu, tidak pandai langsung saya menulis cerita.

Semasa bertemu Ustaz Azam (WADAH) bekas Presiden Abim baru-baru ini, beliau ada bercerita yang Pak Latip kalau tak salah saya ada bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi dan baginda SAW memberi galakan tan "tasyji'" untuk Pak Latip terus menulis. Barakallahu fik.

Sekian sahaja, terima kasih. Semoga Pak Latip terus menulis selagi hayat dikandung badan.

Noor Azma Mohamad Khassim,
Khartoum
Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi


Thursday, June 3, 2010

SMK UNDANG REMBAU

Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah yang diadakan pada 31 Mei hingga 4 Jun 2010, SMK Undang Rembau menjemput saya untuk program “Bersama Penulis Novel Sejarah”.

Program diadakan di Perpustakaan sekolah tersebut yang dihadiri kira-kira 60 orang pelajar. Mereka menunjukkan minat yang mendalam mengenai sejarah tanah air dan sejarah Islam. Ramai di antara mereka sudah pernah membaca novel-novel sejarah yang saya tulis.

Ini dapat dikesan semasa sessi soal jawab mereka mengemukakan pelbagai soalan mengenai bidang penulisan dan sejarah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Undang Rembau terutama kepada Datin Hajah Azimah pengetua cemerlang, Cikgu Abdul Razak, Cikgu Azhar dan semua yang menjayakan program ini.



Terima kasih diucapkan kepada Datin Hajah Azimah Pengetua Cemerlang SMK Undang Rembau yang juga seorang penulis kerana telah membeli 25 buah (satu set) novel sejarah yang saya tulis untuk koleksi beliau dan satu set lagi untuk pusat sumber sekolah. Datin juga mencadangkan diadakan pelancaran "Novel Khalifah Yang Benar" dan "Perang Badar" di sekolah tersebut pada bulan Julai nanti. Semoga dapat dijayakan. InsyaAllah.

Pelajar begitu berminat mendengar kisah sejarah tanah air dan sejarah Islam semoga tertanam semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

Bergambar kenangan bersama pengetua, guru-guru dan peserta pelajar .

Pelajar ini menerima hadiah novel sejarah Islam kerana dapat menjawab soalan kuiz.


Selamat membaca kisah Imam Hanafi. Semoga bermanfaat....


Sukanya dia dapat novel Dol Said Pahlawan Naning...

Pelajar ini dapat novel Hulagu Khan. Selamat membaca....

Terharu apabila tiba-tiba Cikgu Abdul Razak dan Cikgu Azhar memberi sebuah kek yang bertulis selamat hari jadi Pak Latip. Kemudian peserta berdiri menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu."

Hari ini dalam sejarah....pastinya menjadi kenangan manis....