Tuesday, December 21, 2010

HIJRAH SUDAH TERBIT


Novel Hijrah ini sudah terbit, tebalnya 640 muka surat, harganya RM35.00 senaskhah, penulisannya selama dua bulan, novel ke 12 tahun 2010.

Novel ini menceritakan kisah suka duka Nabi Muhamad sejak dilahirkan, melalui zaman kanak-kanak dan remajanya hingga berkahwin dengan khadijah serta diangkat menjadi Rasulullah.

Seperti Rasul sebelumnya, Nabi Muhamad juga menempuh pelbagai dugaan, cemuhan, penghinaan, dikeji, disakiti malah beberapa kali percubaan mahu membunuhnya namun gagal kerana baginda dilindungi Allah sawt.

Walaupun Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa sahaja dan Nabi Muhamad dikurniakan mukjizat namun Allah tidak menghendaki Islam itu disebarkan dengan begitu mudah. Nabi Muhamad dan para sahabatnya terpaksa menempuh pelbagai halangan serta dugaan yang menyedih serta menyakitkan sehingga akhirnya mereka berhijrah ke Madinah.

Peristiwa Hijrah bermulanya kegemilangan Islam…

3 comments:

Cikgooden said...

boleh di syorkan menjadi buku teks sejarah sekolah...seperti teks komsas utk bahasa melayu

ABDUL LATIP said...

Semoga menjadi kenyataan...

Anonymous said...

Salam pak latip

buku wajib beli... (^_^) ~