Assalamualaikum tuan.
Saya (nama dirahsiakan) mohon maaf kepada tuan kerana telah menulis kritikan secara melulu kepada tuan dalam facebook tempoh hari. saya menulis kritikan yang menganggap kerosakan sejarah boleh berlaku dalam novel tuan. Sejujurnya tindakan saya menulis seperti itu kerana saya teringat kata-kata ustaz saya memberitahu perkara sedemikian selepas saya membaca dan memberitahu kepadanya mengenai novel tuan(Sultan Muhammad Al Fateh).
Sejujurnya juga saya telah memiliki beberapa novel tuan termasuklah Umar Al Khattab, Hulagu Khan dan saya akui ianya medium dakwah yang terbaik…saya harap tuan faham usia saya yang muda dan bertindak secara mululu dan spontan terhadap tuan dalam ruang maya ini.saya memohon maaf.
Allah telah mencampakkan rasa bersalah saya kepada tuan kerana banyaknya sumbangan tuan kepada Islam .Jua saya peminat novel tuan,tetapi menulis sesuatu yang melulu terhadap tuan. Sedar tuan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dalam menceritakan sejarah jihad pejuang pejuang Islam. Dan saya jua sedar dan tahu tuan sebagai penulis semestinya telah membuat rujukan yang sahih sebelum menulis dan diterbitkan kepada umum.
Saya mohon keampunan daripada tuan atas teguran saya.saya tidak mahu dilebel Allah orang yang menentang dan mempertikai usaha dakwah sesama muslim diakhirat kelak.
Moga tuan terus berkarya dalam mengembangkan dakwah di seluruh tanah air. Akhir kata maafkan atas tindakan saya tempoh hari.
Sekian.
(Nama dirahsiakan)

---------------------------------------------------------------------
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh
Saya mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana dapat bersabar apabila menerima kritikan lalu berlapang dada menerimanya. Dan saya lebih bersyukur apabila tuan yakin bahawa Allah telah mecampakkan rasa bersalah terhadap tuan disebabkan kritikan tersebut. Saya menerimanya juga dengan berlapang dada semoga dijauhi dari rasa riak dan takbur...
Memang benar saya menulis novel sejarah itu berdasarkan buku rujukan yang sohih. Walau pun begitu mungkin masih ada kekurangan yang boleh diperbaiki. Dan saya sedia menerima teguran daripada mana-mana pihak.
Terima kasih.

2 comments:
Assalamu'alaikum,
Darah muda sememangnya mudah bergelora. Maka tugas orang yang lebih tua menunjuk arah dan memberi panduan.
Apa yang telah berlaku, dijadikan pengalaman. Jika dialami sendiri, itulah pengalaman. Jika dilihat dari ruang yang lebih besar, ia menjadi sejarah. Sejarah pula dikaji agar menjadi iktibar. Hati yang dituntun adalah hati yang mudah mengambil iktibar dari sejarah.
Sejarah tidak akan berubah, tetapi ia boleh dieksploitasikan. Kisah Pak Latip dan anak muda ini juga adalah satu sejarah. Iktibarnya mengesankan diri saya. Jika tersalah, ruang memohon maaf sentiasa terbuka. Yang benar pula tidak perlu mendabik dada.
Jika di dalam filem hindustan, cinta berputik bermula dengan pergaduhan. Maka saya doakan agar Pak Latip dan anak muda itu dipermudahkan dalam menempuh perjuangan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian, yang Pasti Tahu hanyalah Tuhan...
p/s: Maafkan saya kerana ulasan ini umpama menunjuk pandai, sedangkan saya juga masih di dalam perjalanan menimba pengalaman.
Post a Comment