Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.
Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan.
Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

3 comments:
Assalamu'alaikum,
Kehadapan Pak Latip yang dihormati. Semoga Pak Latip dan keluarga sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa di dalam redha Allah.
Petang semalam saya telah membeli buku Tok Janggut Pahlawan Kelantan. Seawal jam sembilan malam, saya mula menyelak buku tersebut dan helaian demi helaian dihayati dengan penuh perasaan. Membacanya membuatkan saya seolah-olah sedang melihat sendiri perjuangan Tok Janggut menentang penjajah itu.
Perasaan marah dan geram kepada beberapa watak sebangsa yang sanggup menjual maruah agama dan negara juga mengesankan perasaan. Semoga Allah melindungi kita dari menjadi sebegitu. Namun kisah itu masih terus berulang, bahkan pasti akan terus berulang sehingga ke masa yang telah ditetapkan.
Dalam sedar tak sedar, saya telah menghabisbacakan buku tersebut setelah melepasi tengah malam. Beberapa kesimpulan di hujung cerita itu memang tidak dapat dinafikan kebenarannya.
Dalam membaca kisah Tok Janggut hasil tulisan Pak Latip itu, saya baru tahu bahawa beliau seguru dengan Tok Kenali. Tok Kenali juga adalah murid kepada Syeikh Ahmad Fatoni. Ini menimbulkan rasa ingin tahu saya tentang hubungan antara mereka berdua kerana Tok Kenali pulang ke Kelantan pada Tahun 1909.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh...terima kasih kerana menulis komen setelah membaca novel Tok Janggut Pahlawan Kelantan. Mohon izin siarkan komen tuan ini dalam facebook saya.
InsyaAllah saya tiada apa-apa halangan jika Pak Latip hendak menyiarkan komen saya di atas di FaceBook Pak Latip, bahkan saya berasa sangat-sangat berbesar hati.
Post a Comment