Monday, May 24, 2010

BENGKEL PENULISAN NOVEL SEJARAH

Novel sejarah berperanan mengungkap segala peristiwa, sejarah, cita-cita dan impian umat manusia. Karya sastera sejarah penting bagi pembentukan sosial masyarakat kini. Dengan menghayati sastera sejarah boleh memupuk semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air. Umat yang maju tidak boleh melupakan sejarah tanah airnya sendiri. Kerana itu disamping mengejar kemajuan masyarakat kita juga perlu didedahkan dengan dokumentari sejarah.

Novel sejarah boleh menjadi pemangkin kesedaran beragama, semangat patriotisme dan membantu mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat.. Apabila mereka dapat menghayati sejarah maka rasa cinta terhadap agama dan tanah air itu akan dapat dipupuk. Maka akan wujudlah perpaduan serta semangat patriotik.

Atas kesedaran itu PTS Litera satu-satunya penerbit yang sedang giat menerbitkan novel sejarah mengadakan Bengkel Penulisan Novel Sejarah bagi melahirkan lebih ramai penulis novel sejarah dan lebih banyak novel sejarah dapat diterbitkan.

Alhamdulillah, bengkel tersebut telah berlangsung pada 23hb Mei 2010. Antara peserta yang hadir termasuk dari Sarawak, Melaka dan Seremban.
Tim PTS Litera Utama diketuai Puan Asma Fadila Habib menerbitkan banyak novel termasuk novel sejarah Islam.


Puan Asma Fadila Habib dan Tuan Bahruddin antara tenaga penting yang menerbitkan novel sejarah Islam yang kini semakin diminati ramai.



Para peserta yang hadir dalam bengkel penulisan novel sejarah. Turut serta beberapa orang pengurus dan editor PTS. Kehadiran mereka buat saya gementar hehehe...



Seronok dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat untuk menulis novel sejarah.


No comments: