Tuesday, July 7, 2009

DIULANG CETAK


Nama Umar al Khattab memang tidak asing lagi di kalangan umat Islam. Kisahnya memang menarik, bermula dengan memusuhi Nabi Muhamad s.a.w, kemudian menjadi pengikut setia sehingga namanya tersenarai antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Kemudian beliau dilantik menjadi khalifah Ar Rasyidin yang kedua selepas Abu Bakar As Siddiq meninggal dunia.

Umar al Khattab adalah Reformis Dunia Islam kerana berjaya membawa perubahan serta kemajuan dalam pemerintahannya selama 10 tahun 6 bulan. Seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam.

Selain sebagai penakluk Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam pelaksana undang-undang syariah dan Berjaya membentuk sebuah Negara Islam yang baru.

Novel Umar al Khattab Reformis Dunia Islam ini antara novel sejarah Islam yang laku keras dan telah diulangcetak.

1 comment:

cia said...

cetak hantar ke sekolah sekolah rendah dan menengah dan kampus kampus di seluruh malaysia...