Monday, January 19, 2009

SALAHUDIN NASKHAH WAJIB BACA

Menurut Encik Amiza Khusyri bin Mohd Yusof seorang penulis lepasan Universiti al Azhar juga seorang pensyarah dalam kertas kerjanya yang berjudul Menyusuri Kepahlawanan Salahuddin Al Ayyubbi Dalam Novel Sejarah Islam, Abdul Latip Talib, karya ini adalah sebuah naskhah wajib baca.

Menurut beliau, novel ini secara halus berjaya menerapkan kecintaan kepada perjuangan menegakkan kalimatullah, menyemarakkan roh jihad dalam diri setiap pembacanya. Secara jujur karya-karya sebegini wajar dimiliki oleh setiap individu muslim, terutamanya pemuda-pemudi Islam. Andai suatu hari nanti panggilan jihad fisabilillah mempertahankan agama itu menjadi wajib di saat karibnya Yaumussa’ah, maka segala yang tergambar di dalam novel ini, ditunjangai sirah agung Rasulullah SAW, akan mercup dalam hati sanubari kita.

Encik Amiza Khusyri memperkatakan novel sejarah Islam Salahudin Penakluk Jerusalem dalam majlis bicara karya sempena Mesyuarat Agung PEN ke 32 di Balai Ilmu Institut Perguruan Raja Melewar , Seremban.


Menurutnya lagi, karya ini digarap dalam bentuk kreatif dan memperlihatkan kelainan daripada karya-karya yang lain. Apabila membaca cerita Salahuddin dalam bentuk kreatif, ia akan memikat pembacaan hingga akhir bab. Berbeza apabila membaca karya sejarah non-kreatif yang memerlukan iltizam dan ketekunan yang konsisten.

Kepahlawanan Salahudin diperlihatkan melalui dialog-dialog dan babakan-babakan yang menarik. Naratif yang bermula dari kisah Salahudin sebagai seorang panglima, diikuti plot peperangan sehingga Salahudin bergelar panglima dan pemerintah. Perjalanan plot yang ditampilkan melalui dialog dan babakan benar-benar memperlihatkan keterujaannya yang tersendiri.

Apabila kita menyelak dari bab ke bab, kita akan membaca judul-judul bab yang menarik dan bait-bait kata hikmah dan hadis yang membangkitkan keterujaan meneruskan bacaan.



Sebelum itu Dr Ani Omar telah memperkatakan mengenai Agus Salim dalam Majlis Bicara Tokoh.

Mesyuarat Agung PEN ke 32 dan majlis Bicara Tokoh & Karya PEN ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr Mohd Rosli bin Saludin, Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI.

3 comments:

zino said...

novel salahudin tu novel ke tiga yg bakal di baca... inshaAllah.. novel2 lain akan di cari di toko2 buku nanti..

ABDUL LATIP said...

Zino, selamat membaca kisah Salahudin al Ayubi selepas membaca kisah Abu Ubaidah al Jarrah dan Tariq bin Ziyad. Yang lain juga perlu dibaca :)

zino said...

inshaAllah.. zino akan dapatkan bekalan yg lain nanti..