Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tarmizi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Hikmah Aqiqah
Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
Menggalakkan amalan sedekah.
melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
membiasakan berkorban bagi orang tua
2 comments:
salam, tuan latip. muhammad haziq betul-betul macam muka tuan..:)
fatimahazzahra
Muka Muhamad Haziq hansem macam atoknya? hehehe.
Mana tahukan? Dah besar nanti dia menyambung tugas atoknya menulis novel sejarah....
Post a Comment