Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah sudah siap


Setelah menekuni penulisannya selama tiga bulan barulah novel Bediuzzaman Said Nursi dapat disiapkan. Novel tersebut mengandungi 45 bab apabila dicetak nanti dijangka hampir 600 muka surat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan. Terutama “sahabat-sahabat kembara ke Turki” iaitu Puan Ainon, Tuan Khairul Nayan, Prof Abdullah Hassan, Puan Shahrina, Cikpuan Noor Ezleen Basri dan Ah Mad.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat di Turki yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pengembaraan kami iaitu Prof Faris Kaya, Engin Koc, Yakup Eker, Mustafa abi, Sait Koyuncu, dan ramai lagi yang tidak sempat disebutkan namanya.

Semoga dengan terbitnya novel ini nanti pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat siapa Bediuzzaman Said Nursi serta perjuangannya untuk memelihara iman dan akidah umat Islam.



2 comments:

iyzafahna said...
This comment has been removed by the author.
iyzafahna said...

Assalamualaikum ....

Saya membeli buku ini di Pesta Buku 2012 yang lalu (tak silap saya ia baru dipasaran dalam tempoh 5 hari, ketika itu). Anak saya (berusia 10 tahun) telah selesai membaca buku berkenaan dua minggu lepas, dia cukup kagum kerana Bediuzzam Said Nursi berjaya membaca kitab sebanyak 80 buah, meskipun usianya hanya sekitar 15 tahun. Manakala, saya telah selesai membaca buku ini semalam. Satu perasaan yang amat takjub dengan kehidupan Said Nursi sendiri, meskipun hidup dalam kesukaran, kerap kali di penjara, diasingkan dengan kehidupan sosial, alhamdullilah beliau tetap berjuang menyebarkan syiar Islam serata alam, terutama dengan tersebarnya Risalah An-Nur. Paling saya kagum adalah mayatnya tetap sempurna meskipun selepas tiga bulan dikebumikan. Allah Maha Besar mencipta segalanya ! Amin. Selamat Menulis Buku-buku Islami Untuk Pak Latip.