

Dalam tahun 1998, Utusan Publications & Distributors menerbitkan Balai Sejarah mengandungi 8 novel dan 2 antologi cerpen. Daripada 8 novel itu 2 di antaranya karya saya berjudul Istana Menanti dan Pendekar Siamang Gagap. Kedua novel itu diterjemahkan ke dalam Bahasa English diterbitkan pada tahun 2000.
Tetapi entah kenapa siri Balai Sejarah itu tidak diteruskan lagi.
Tahun lepas saya dapat membeli novel tersebut dalam jumlah yang agak banyak dengan harga paling murah.
Kata orang tuah ayam pada taji. Tuah penulis pada bukunya. Hari ini saya dapat berita yang mengembirakan. Semoga berita itu benar dan menjadi kenyataan. Sekiranya benar, apa lagi yang patut diucapkan selain Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Adakah novel tuan dipilih oleh kementerian pelajaran? Saya doakan begitulah. Amin.
ReplyDeleteSifu Puan Ainon,
ReplyDeleteSaya ada menghantar emel kepada puan. Terima kasih.
Pak Latip
ReplyDeleteBiar saya teka. Buku ini menang hadiah sastera negeri sembilan 2008. tahniah.
Saudara Walid
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri. Pandai saudara meneka :)
Tahniah Pak Latip,
ReplyDeleteSaya juga mendapat angin tentang khabar gembira "Istana Menanti". Saya sungguh bersyukur.
Nisah,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Apabila perkara itu dimaklumkan saya rasa terkedu. Betul-betul tak sangka. Sebab itu berasa syukur yang amat sangat.
Tuan Walid
ReplyDeleteMaaf saya bergurau. Tekaan tuan salah kerana tahun 2008 tidak ada Anugerah sastera Negeri Sembilan sebab diadakan dua tahun sekali.
Salam perkenalan Pak Latip
ReplyDeleteMohon izin memanggil tuan begitu...terima kasih meninggalkan komen di blog saya. Rasa terharu kerana mendapat komen daripada pengarang terkenal seperti tuan. Saya pun peminat novel-novel Pak Latip juga.
Hasnah,
ReplyDeleteSaya juga terharu kerana blog itu digunakan sepenuhnya bagi mempromosikan buku-buku terbitan PTS. Sudah pasti penulis-penulis PTS yang lain juga turut rasa begitu. Apatahlagi Puan Ainon, Tuan Arief dan warga kerja PTS.
Pak Latip
ReplyDeleteSaya nak tahu apakah kandungan buku Istana Menanti?. cari di kedai tak ada. Boleh Pak Latip ceritakan sedikit pasal buku ini?.
salam penulis. saya penulis tempatan tamil dan juga seorang guru. saya telah membaca novel tuan, dan ia sangat menarik dari segi konsep sejarah. tahniah. saya nak tanya bahawa boleh tak saya translate novel ini dalam bahasa tamil? ia akan menjadi lebih menarik dikalangan golongan pendidikan dan warga india di malaysia da di seluruh negara.
ReplyDeletebagi pengetahuan tuan, saya sedang menulis dalam blog tamil saya dan juga pernah mendapat penulis terbain asia pasifik dalam pertandinagn cerpen tamil scince fiksyen.
Istana Menanti yg rujuk kat novel tg. 1 tu yg mana yea??? keliru!!!
ReplyDeleteistana lama seri menanti = istana menanti??? atau istana pulih atau ada istana lain... atau istana tu memang tak wujud da... nak tau... mudah gi tau kat budak... tuan penulis tolong....
ReplyDelete