Thursday, August 22, 2013

Walaupun Cuma setahun  Dr Morsi  menjadi Presiden Mesir beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang bertimbang rasa terhadap rakyat Mesir antaranya:


Pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes,  24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan  namun hanya seorang sahaja yang terbunuh.


Sedangkan  dalam masa  50 hari kudeta memerintah Mesir, 6181 terbunuh, 25,552 tercedera dan 18,565 ditahan (Sumber : Twitter Anti-Coup Alliance).


Dalam masa setahun menjadi Presiden  hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.


Kerajaan Dr Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil  agar dapat memulakan hidup baru.


Kerajaan Dr Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma.


Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Dr Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.


Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur.


Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.


Malangnya semua pencapaian Dr Mursi ini disembunyikan, sebaliknya, kelemahan yang diwujudkan untuk  mengaburi  rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa  Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin  gagal memerintah negara.


 “Dan begitulah kami lantik dari kalangan  orang-orang yang zalim memimpin golongan yang zalim disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.” Surah al-An’aam ayat 129.


Umat Islam sekarang berada di zaman ke 4 iaitu zaman pemerintahan diktator. Pertama zaman nabi. Kedua zaman khalifah. Ketiga zaman pemerintah yang menggigit (fitnah). Keempat zaman  pemerintah diktator.Kelima  kembali pada zaman khalifah…



Monday, August 19, 2013

Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia.

Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine.

Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis.

Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel.

Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa.Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib.

Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?

Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England).

Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu.

Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya.

Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti.

Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.


Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa  mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor?


Sunday, August 4, 2013

Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451  bandar Murcia,  wilayah Madrigal di bawah pemerintahan  kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu  Castile yang terbesar, Aragon di bagian sebelah utara Spanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.


Siapa sangka Isabella semasa  kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita  akibat kekejaman abang tirinya  Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol.


Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut.


Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara  Jerman,  Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari,  Yugoslavia dan  sebagian besar daerah Amerika Selatan.


Ternyata Ratu Isabella seorang  wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya  Raja Enrique atau Henry 1V memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya,  Isabella memilih  Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya.


Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta.  Tidak lama kemudian  Raja Enrique meninggal dunia, Isabella  dengan sokongan  suaminya  Ferdinand menuntut  Kerajaan Castile. Berlaku perang saudara selama hampir dua tahun  akhirnya pasukan Isabella beroleh kemenangan.


Ternyata Ratu Isabella belum berpuas hati dengan kejayaannya itu, Beliau mahu memerintah seluruh  Sepanyol dan menjatuhkan pemerintahan Islam yang sudah berkluasa selama 800 tahun.  Sebelum itu banyak usaha telah dilakukan bagi menjatuhkan pemerintahan Islam tapi  tidak berjaya.

Akhirnya Isabella dan suaminya tahu di mana kelemahan umat Islam lalu menghantar  rokok, arak dan  para penyanyi dan penari  yang akhirnya membuat  orang Islam lebih suka menyanyi  dan melihat  tarian serta hiburan dari membaca al Quran.


Akhirnya pada tahun 1492  Ratu Isabella dan suaminya  Ferdinand berjaya menakluk  Granada kubu terakhir pemerintah Islam.  Bagi memastikan umat Islam tidak memberontak maka  dibuat  perjanjian damai, umat Islam dibenarkan beribadat menurut ajaran agama. Begitu juga orang Yahudi dibenarkan menganut agama mereka.


Kemudian Ratu Isabella dan Ferdinand  mengeluarkan perintah melalui  mahkamah semua orang Yahudi di Sepanyol masuk Kristien atau keluar dari Sepanyol.  Ketika itu umat Islam tidak termasuk dalam perintah itu malah  Ratu Isabella meminta bantuan orang Islam untuk memastikan  semua orang Yahudi keluar dari Sepanyol.


Selepas rancangan itu berjaya akhirnya tiba pula giliran umat Islam dipaksa membuat pilihan masuk Kristian atau  keluar dari Sepanyol. Pada mulanya  umat Islam Sepanyol menentang perintah tersebut malah mereka sanggup berjuang.  Lalu dipujuk mereka boleh keluar dari Sepanyol  berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki. Malah Ratu Isabella berjanji menyediakan kapal yang mengangkut mereka keluar dari Sepanyol dengan percuma.


Ternyata umat Islam Sepanyol  termakan pujukan itu lalu bersetuju meletak senjata dan pergi ke pantai hanya dengan membawa harta tanpa senjata. Ternyata itu adalah perangkap,  apabila mereka sudah menaiki kapal maka kapal itu dibakar di tengah lautan. Mereka yang menunggu giliran di pantai dibunuh tentera Ratu Isabella tanpa belas kasihan.


Mereka yang masuk Kristian pula dipastikan mereka tidak murtad. Jika didapati bersembahyang, tidak makan babi atau menyimpan al Quran dalam rumah maka seluruh keluarga habis dibunuh.


Kisah kekejaman Ratu Isabella terhadap umat Islam ini banyak diceritakan dalam buku sejarah seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal bernama  Ibn Hazam mnceritakannya dalam kitabnya  al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.


InsyaAllah terbit pula novel bertajuk  Ratu Isabella -  Meratapi Islam di bumi Andalus.