KARYA-KARYAKU


Thursday, December 29, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Monday, December 26, 2011

IMAM SYAFIE


Namanya Muhammad bin Idris lahir di Gazza, Palestin pada tahun150 hijrah. Ketika masih kecil ayahnya meninggal dunia lalu dibawa oleh ibunya berpindah ke Mekah. Kehidupan mereka sangat miskin namun beliau bersungguh menuntut ilmu. Ketika umurnya 7 tahun sudah hafal Al-Quran dan ketika berumur 10 tahun hafal kitab Hadis "Al-Muwathta" karangan Imam Malik. Dan ketika berumur 15 tahun sudah diizinkan memberi fatwa.

Ketika berumur 20 beliau, Imam Syafie pergi ke Madinah belajar dengan Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq,menemui sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka.

Kemudian Imam Syafie meneruskan perjalanan ke Parsi dan Iraq selama dua tahun sebelum pulang semula ke Madinah. Tidak lama Kemudian beliau berpindah ke Baghdad. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan "Qaul Qadim" (pendapat lama).

Kemudian beliau berpindah ke Mesir dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).

Imam Syafie adalah lelaki yang dimaksudkan Rasulullah saw yang bersabda, "Seorang lelaki alim dari suku Quraisy yang ilmunyamemenuhi seluruh muka bumi".

Beliau membahagi malam kepada tiga bahagian, satu pertiga untuk beribadah, satu pertiga untuk menulis atau membaca dan satu pertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie khatam membaca Al-Quran setiap hari sekali khatam dan pada bulan Ramadan dua kali khatam.

Imam Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan dan menumpulkan otak, suka tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.

Kata Imam Syafie lagi, “ Aku tidak pernah bersumpah seumur hidupku, baik untuk kebenaran mahupun tidak".

Katanya lagi, “Jika aku dicaci maki oleh orang, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Suatu ketika aku pernah dihina oleh seseorang, namun aku takmenghiraukannya. Mereka semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat kayu cendana,semakin hangus dibakar, semakin harum baunya.”

Imam Syafie meninggal dunia pada hari Jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah, Mesir. Beberapa tahun kemudian ada usaha hendak memindahkan kuburnya ke Baghdad. Ketika kuburannya digali mereka tercium bau yang sangat harum, mereka membatalkan pemindahannya.


Sunday, December 25, 2011

KEHIDUPAN DI BARLA

Kampung Barla terletak di atas lereng bukit di tepi barat Tasik Egridir. Terdapat sebuah sungai kecil bernama Sungai Barla. Kawasan tersebut dikelilingi bukit bukau yang tinggi mencuar. Barla terkenal dengan tempat-tempat yang indah, antara yang paling terkenal Cham Daglar.

Di Barla Badiuzzaman Said Nursi tinggal di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Rumah itu mempunyai dua bilik dan kedudukannya terpencil. Di hadapan rumah itu ada pokok Chinar yang rendang daunnya, menjadi tempat bermalam burung-burung.

Salah seorang penuntut setianya bernama Mustafa Jawish, seorang tukang rumah dan merupakan murid pertama Badiuzzaman Said Nursi di Barla, telah membina sebuah pelantar di atas pokok Chinar. Di situlah Badiuzzaman Said Nursi banyak menghabiskan dengan mengarang Rasalah an-Nur.

Badiuzzaman Said Nursi memasak sendiri makanannya. Kadangkala Saniah dan Nafiah anak Muhajir Hafiz Ahmad menghantar sup dan beliau membayar kepada dua kanak-kanak perempuan itu 10 kurush.

Ketika itu Mustafa Kamal Ataturk telah mengeluarkan larangan memakai jubah dan serban, azan dalam bahasa Turki, wanita disuruh memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan masjid ditutup. Badiuzzaman Said Nursi menentang larangan tersebut dan tidak mematuhinya. Bagi menyedarkan orang ramai beliau mengajar al Quran dan menulis Risalah An Nur.

Selama lapan tahun setengah di Barla Badiuzzaman Said Nursi telah menulis lebih separuh dari kandungan Risala an nur.Pada peringkat awalnya dinamakan ‘Sozler’ (Kalimah), tetapi kemudiannya ditukar kepada “Risalah an NUr”.

Dari hari kesehari, bilangan pelajarnya semakin bertambah. Dan Risalah An Nur mula tersebar ke Istanbul dan Ankara.







Thursday, December 22, 2011

DI BUANG KE BARLA


Ya Baqi Anta al Baqi

Itulah ucapan Badiuzzaman Said Nursi setiap kali menyendiri di Tasik Barla. Beliau dibuang ke tempat yang terpencil itu tiga hari sebelum menyambut hari Raya Aidil Fitri. Dengan sengaja beliau dibuang ke situ supaya menjadi gila atau meninggal dunia.

Hatinya sedih apabila mendapat khabar Abdul Rahman, anak saudara yang paling rapat dengannya meninggal dunia dan bertambah sedih apabila mendapat berita ibunya pula meninggal dunia beberapa hari kemudiannya.

Perginya Abdul Rahman dirasakannya hilang separuh dunia dan pemergian ibunya dirasakan hilang separuh lagi. Beliau sering menyendiri lalu bertafakur sambil mengucapkan Ya Baqi Anta al Baqi…

Kehidupan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi di Barla ini cukup terasing. Kawalan yang begitu ketat dikenakan terhadapnya. Hubungannya dengan masyarakat Barla tersekat. Beliau sengaja diberi layanan sebegitu buruk untuk melemahkan semangat juangnya, tetapi tekanan ini dihadapinya dengan sabar. Bahkan, tempat inilah yang menjadi markas pertama Badiuzzaman Said Nursi dalam perjuangannya menyelamatkan iman masyarakat Islam Turki.