Friday, September 30, 2011

PRESTASI JUALAN NOVEL SEJARAH ISLAM









PRESTASI JUALAN NOVEL SEJARAH ISLAM JANUARI – SEPTEMBER 2011.

1. Imam-Imam Yang Benar -7583

2.Khalifah-khalifah Yang Benar - 5226

3.Perang Khandaq: Dendam Tentara Ahzab - 4351

4,Sultan Muhammad Al-Fateh - 4138

5.Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam - 3978

6.Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - 3916

7.Perang Khaibar: Panaklukan Kota Khaibar - 3815

8.Hijrah - 3668

9.Imam Syafie: Pejuang Kebenaran - 3436

10.Abu Bakar: Sahabat Sejati - 3380

11.Ali Bin Abi Talib - 3294

12.Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin - 3272

13.Bilal Bin Rabah - 2846

14.Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Ed. Jimat - 2657

15.Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel Ed. Jimat - 2598

16.Khalid: Memburu Syahid - 2457

17.Perang Badar: Perang Penentuan - 2447

18.Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran - 2379

19.Khalid: Memburu Syahid Ed. jimat - 2371

20.Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam - 2227

21.Imam Hanbali: Penegak Kebenaran – 2070

21 JUDUL JUALANNYA MELEBIHI 2 RIBU NASKHAH. ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YANG MEMBERI SOKONGAN.

SUMBER UNIVERSITIPTS.COM


KENANGAN DI TURKI

Baru-baru ini semasa berada di Turki bertemu sekumpulan remaja, apabila saya sebut nama Sultan Muhamad al Fateh, semua bersorak gembira, apabila sebut nama Recep Tayyip Erdogan, sekali lagi mereka bersorak gembira, apabila saya sebut nama Mustafa Kamal Ataturk, tiba-tiba mereka senyap...

Kali pertama saya ke Turki bagi menjejaki sejarah Mustafa Kamal Ataturk untuk dijadikan novel, saya mengalami keadaan yang sukar kerana ramai yang enggan untuk bercerita mengenai tokoh yang dikatakan bapa turki moden itu. Malah saya berada dalam kebimbangan kerana rasa diekori.

Apabila pergi kali kedua untuk menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi saya mendapat kerjasama yang sangat erat. Kemana pergi diberi sambutan dan mereka bersedia untuk memberikan apa sahaja yang diperlukan.

Remaja Turki yang cintakan Islam...


Sultan Muhamad al Fateh tetap di hati...




Pemimpin yang disanjungi....







Kekejamannya tidak dilupakan...

Tuesday, September 27, 2011

SUDAH TERBIT DAN PANAS DI PASARAN

Perang-Perang Yang Benar kompilasi daripada empat buah novel Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq dan Perang Khaibar. 736 muka surat dengan harga cuma RM 55 sahaja.

Sesungguhnya Nabi Muhamad menyibarkan agama Islam bukan dengan kekerasan atau dengan mata pedang. Buktinya, selepas beliau diangkat menjadi Rasulullah atau Pesuruh Allah dan setelah diperintahkan menyibarkan risalah Allah selama kira-kira 22 tahun hanya 140 orang sahaja sahabat baginda yang gugur syahid. Mereka terlibat dalam peperangan yang dimulakan pihak musuh.

Kisah empat peperangan besar itu menghuraikan sebab-sebab berlakunya perang dan kesannya terhadap perkembangan agama Islam.




Novel Mustafa Kamal Ataturk sudah terbit dan kini berada di pasaran. Menceritakan siapa sebenarnya tokoh yang dikatakan bapa moden Turki ini... di tulis hasil dari kajian serta fakta-fakta dari buku-buku rujukan. Saya juga pergi ke Turki bagi menjejaki sejarah hidup tokoh ini.




Monday, September 26, 2011

SUDAH PULANG KE MALAYSIA

Alhamdulillah kami sudah selamat pulang ke Malaysia setelah lebih dua minggu mengembara ke Turki bagi menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi. Selama berada di sana kami mendapat kerjasama yang amat baik daripada jemaah risalah an nur. Mereka menyediakan keperluan kami termasuk tempat penginapan, kenderaan dan sebagainya. Semoga Allah sahaja yang sebaik-baik memberi balasan terhadap mereka.


Kami menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi bermula dari Istanbul membawa ke Bursa, Barla, Konya, Isbarta, Yozgat, Ankara dan Urfa yang terletak di sempadan Syria. Hampir seluruh negara Turki kami lawati perjalanan kami dengan kereta dan kapal terbang. Syukur kerana perjalanan kami selamat dan urusan kami dipermudahkan.

Banyak kenangan manis untuk diceritakan...

Semasa di Ankara dijemput bersiaran di televisyen...di sebelah saya adalah penterjemah ke dalam bahasa Turki.


Di Istanbul dijemput bersiaran di radio..



Bergambar kenangan di Urfa...





Bertemu seorang penulis Turki...




Ke mana pergi kami diberi sambutan meriah...terjalin silaturrahim antara kami.




Wednesday, September 14, 2011

SAMPAI DI YOZGAT

Dalam uaaha kami menjejaki sejarah perjuangan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi kami dibantu jemaah risalah Said Nursi. Tanpa bantuan mereka tentulah sangat sukar kami melakukannya.

Dari Istanbul kami dibawa ke Bursa, Isbarta, Barla, Konya dan kini kami di Yozgat yang terletak jauh di utara Turki.

Setiap kali singgah di tempat tersebut kami dibawa bermalam di madrasah serta diberi layanan yang sangat baik. Alhamdulillah...

















Tuesday, September 6, 2011

SAMPAI DI ISTANBUL



Kami selamat sampai di Istanbul disambut seorang wakil persatuan lalu dibawa ke tempat penginapan. Walau bukan hotel namun tempatnya selesa. Alhamdulillah.


Prof Dr Taris Kaya, President Of Istanbul Ilim Kurdur Vakfi, Sukran Wahida, Muhamad Firinci, Ihsan Kasim Saleh. Mereka banyak mengetahui mengenai Badiuzzaman Said Nursi. Dan membantu kami.

Kami dipertemukan dengan Sukran Wahida penulis buku Biografi Said Nursi. Beliau wanita Inggeris memeluk Islam setelah membaca risalah An Nur. Beliau juga telah menterjemahkan risalah tersebut ke bahasa Inggerish.





Tempat penginapan saya yang sangat selesa.