Wednesday, June 29, 2011

SA'AD BIN ABI WAQAS

Saya sedang menyiapkan novel terbaharu Sa’ad bin Abi Waqas. Penulisan kisah panglima Islam Sa’ad Abi Waqas ini adalah permintaan daripada ramai peminat novel sejarah Islam yang mahu saya menulisnya sejak tahun 2009 lagi. Saya berazam dengan bersungguh-sungguh mahu menyiapkannya sebelum pergi ke tanah suci Mekah menunaikan ibadah Umrah pada 9hb Julai nanti. InsyaAllah...

Kisah Sa’ad Abi Waqas memang menarik kerana keimanan beliau setelah memeluk Islam serta kehebatan beliau setelah diberi tanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi.

Sa’ad Abi Waqas berasal dari keluarga Quraisy yang terhormat itu menerima bantahan keras daripada ibunya sendiri apabila beliau memeluk Islam. Ibunya menentang dengan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan mogok lapar dengan harapan anak kesayangannya berubah pendirian. Namun Sa’ad Abi Waqas dengan tegas berkata.

“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”

Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah lalu menghalau Sa’ad keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Kemudian Sa’ad Abi Waqas ikut berhijrah ke Madinah.

Antara kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya makbul dan apabila memanah tepat mengenai sasaran. Ini kerana Nabi Muhamad saw pernah mendoakannya.

“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”

Pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbual dengan para sahabat tiba-tiba baginda berkata, “Sekarang akan muncul di hadapan kamu seorang lelaki ahli syurga.”

Tidak lama kemudian muncul Sa’ad Abi Waqas. Mereka bertanya apakah ibadat yang dilakukannya sehingga mendapat kedudukan yang tinggi.

Kata Sa’ad Abi Waqas, “Saya beribadat seperti kamu juga. Hanya saya tidak pernah menaruh perasaan dendam atau berniat jahat terhadap seorang pun di antara kaum muslimin.”

Semasa Perang Badar Sa’ad Abi Waqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah serta melindunginya.

“Panahlah hai Sa’ad, ibu bapaku jadi jaminannya,” kata Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah kepada Sa’ad Abi Waqas.

Sa’ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”

Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi. Sebelum itu khalifah mendapat berita tentera Islam di bawah pimpinan panglima al Muthanna mengalami kekalahan dalam perang jambatan yang mana 4 ribu orang sudah syahid.

Pasukan tentera Islam yang dipinpin Sa’ad Abi Waqas akhirnya bertempur dengan tentera Parsi dalam Perang Al Qadisiyah. Akhirnya tentera Parsi mengaku kalah setelah ketua mereka Rustam terbunuh.

Kekalahan dalam Perang Al Qadisiyah menyebabkan maharaja Parsi mengerahkan seluruh kekuatan tentera bagi menghadapi tentera Islam. Kedua pasukan bertemu di Iraq dan mereka dipisahkan sungai Tigris.

Sa’ad Abi Waqas pun memohon doa kemudian menyuruh tenteranya membaca Hasbunallah wa ni’mal wakil yang ertinya “cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin” lalu memerintahkan tenteranya menyeberang sungai Tigris. Dengan izin Allah, mereka meredah air sungai itu bagaikan berjalan di atas daratan sehinga ke semuanya tentera Islam berjaya menyeberangi dengan selamat. Melihat keajaipan yang luar biasa itu menyebabkan tentera Parsi lari bertempiaran….

Sa’ad Abi Waqas dilantik menjadi ganenor Kufah. Apabila timbul fitnah terhadapnya maka Khalifah Umar al Khattab menggantikannya dengan orang lain. Namun kepercayaan khalifah Umar terhadap Sa’ad Abi Waqas tidak berubah sehingga mahu melantiknya menjadi penggantinya sebagai khalifah tetapi ditolak oleh Sa’ad Abi Waqas.

Sebelum meninggal dunia Khalifah Umar berkata. “Aku bersetuju jika Sa’ad yang dipilih oleh majlis syura menjadi khalifah. Jika orang lain maka aku berpesan supaya khalifah selepas aku melantik Sa’ad untuk satu jawatan. Sesungguhnya aku memecat dia sebagai gabenor Kufah bukan kerana dial alai dan kianat.”

Apabila majlis syura bersidang Sa’ad Abi Waqas menarik diri dari pencalunan sebagai khalifah. Saidina Uthman melantik Sa’ad Abi Waqas sebagai gabenor Kufah. Sekali lagi beliau difitnah sehingga beliau berdoa.

“Ya Allah, jika orang yang menfitnahku itu kerana riyak, dusta dan ingin mendapat nama maka butakanlah matanya dan biarkanlah dia menerima balasan firnah.”
Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.

Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.

“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”

Sa’ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.

“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut."

Sunday, June 26, 2011

PERISTIWA DALAM SEJARAH









Pada 24hb Jun 2011 saya dijemput memberi ceramah mengenai penulisan novel sejarah Islam di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Seremban dari jam 8 pagi hingga 9 pagi. Ramai yang hadir termasuk Timbalan Pengarah. Mereka kelihatan berminat mendengar kisah sejarah Islam dan banyak membeli novel sejarah Islam yang dibawa.Antara yang paling laris ialah Khalifah-Khalifah Yang Benar, Imam-Imam Yang Benar, Hijrah dan SalahudinAyubi hingga habis stok. Terima kasih kepada LHDN Seremban yang menjemput saya datang bagi mengisi sesi pagi Jumaat.





Selesai acara di LHDN saya terus ke Hospital swasta yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan kerana demam.Inilah pertama kali saya dimasukkan ke wad.

Sempat menulis kisah panglima Sa'ad Abi Waqas.





Alhamdulillah, gembira setelah doktor memaklumkan bahawa jantung,paru-paru, buah pinggang dan darah berada dalam keadaan baik setelah dilakukan x-ray dan ujian sampel darah dan air kencing. Tidak ada darah tinggi dan kencing manis.

Syukur di atas kurniaanMU ya Allah...


Monday, June 20, 2011

10 NOVEL DIULANG CETAK

10 judul novel sejarah Islam sudah diulang cetak. Alhamdulillah...







































Friday, June 17, 2011

MUSTAFA KAMAL ATATURK

Novel biografi Mustafa Kamal Ataturk sudah siap ditulis semoga terbit tidak lama lagi.





Antara buku-buku yang ada menceritakan kisah Mustafa Kamal Ataturk


Aya Sofeya yang dijadikan muzium oleh Mustafa Kamal Ataturk.





Mayatnya tidak dikebumikan tetapi disimpan dalam peti keranda ini...



Bangunan yang menempatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk...



Istana Dulamah Baghjah di Istanbul tempat kediaman Mustafa Kamal Ataturk di sini juga dia meninggal dunia.




Dia seorang diktator


Wednesday, June 15, 2011

ALHAMDULILLAH




Menurut Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS yang bercakap mengenai menulis novel Teknik Surah Yusuf di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV 1 pagi ini bahawa jualan novel Sejarah Islam pada tahun 2010 hampir RM 2 juta.

Novel itu juga laris di Indonesia.

Alhamdulillah….



Monday, June 6, 2011

TOP 200 JUALAN MEI 2011 BERDASARKAN RINGGIT

Top 200 jualan Mei 2011 berdasarkan ringgit 22 judul adalah novel sejarah Islam. Terima kasih kepada pembaca yang memberi sokongan.

1 Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana
2 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
3 Imam-Imam Yang Benar
4 Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
5 Hero Rebut Popular
6 Tuan Bertanya, Dr Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari
7 Duyung Diva & Si Tanggang
8 Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
9 Syama'il Muhammadiyah
10 Diari Super 3G
11 Tafsir Ayat Ahkam
12 Perang Khaibar: Panaklukan Kota Khaibar
13 Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
14 Cinderellah vs Rapunzellah
15 Konspirasi Yahudi Peperangan Dan Penaklukan
16 31 Kisah Nabi (Premium)
17 Biografi Muhammad bin Abdullah - ed. 2011
18 Perangi Sihir
19 Ahli Sihir ke Tali Gantung
20 Dahsyatnya Doa Ibu
21 Men Are from Mars, Women Are From Venus - Ed. Bahasa Melayu
22 50 Tip Motivasi Haji
23 Start Where You Are - Ed. Bahasa Melayu
24 Sun Tzu: Art of War - Ed. Bahasa Melayu
25 Seni Bahasa Badan: Bukan Sihir Nyata Zahir
26 Pemikiran Tuan Guru
27 Travelog Impian Abadi
28 Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps - Ed. Bahasa Melayu
29 Al-Amin: Riwayat Sang Kekasih Allah
30 Ensiklopedia Sejarah Rasulullah SAW - Boxset
31 Jejak Bisnes Rasul
32 Travelog Haji + VCD - Ed. Kemas Kini
33 Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
34 5 Tokoh Penggugat Zaman
35 Pengaruh Gaya Trump
36 Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf
37 Young Aisyah: Catatan Aktiviti Aisyah
38 Pemasaran Gerila Untuk Penulis
39 Semurni Kasih Adam, Seutuh Kasih Hawa
40 Agenda Yahudi Menakluk Dunia
41 Adilah Cik Serba Tahu
42 Resipi Sihat & Mudah: Salad & Buah
43 Kelab Jejaka Tampan
44 Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
45 Resipi Sihat & Mudah: Pembuka Selera
46 Koleksi Cerita Adam Kecil: Adam Diculik
47 Perang Khandaq: Dendam Tentara Ahzab
48 Khutbah Rasulullah
49 Alexander Adalah Zulqarnain
50 Tuhan Untuk Semua
51 Kepimpinan Instruktional: Satu Panduan Praktikal
52 Fatimah: Kisah Puteri Nabi
53 Usahawan Cilik: Ustaz Handphone
54 Surat Biru Dakwat Ungu
55 Ahmad al-Kebab
56 Dunia Coklat Nadia
57 Khalifah-khalifah Yang Benar
58 O.T.A.I - Diva Popular
59 Komik-M: Misi 10A
60 Ranah 3 Warna
61 Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
62 Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
63 Sultan Muhammad Al-Fateh
64 Sarah Dan Kompang
65 Didik Anak Gaya Rasulullah - kulit keras
66 Skuad Halimunan
67 E untuk....
68 Komik-M: Dear Yayah The Comics 3 (Gotong-Royong & Kutu)
69 Aina Aini: Model Terhangat
70 Fahami Bacaan Dalam Solatmu
71 Hantaran Kasih Tuhan
72 Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
73 Saya Bukan Aiman
74 101 Akhlak Rasulullah
75 Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Ed. Jimat
76 Khalid: Memburu Syahid
77 Aku Bukan Minah Bunga
78 Perahu Kertas
79 Usahawan Cilik: Renda Labuci Biru
80 Puteri Qairina & Kristal Ajaib
81 Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
82 Young Aisyah: Cuti Sekolah
83 Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
84 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
85 Act Like A Lady, Think Like A Man - Ed. Bahasa Melayu
86 Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
87 Impiana: Misteri Terbongkar
88 Dunia Sains Aiman 8: Bola
89 Indahnya Kematian
90 Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
91 Adi Satria Naga
92 Senangnya Memasak Kuih Kukus
93 Diari Mat Despatch: Hati Emak
94 Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
95 Menjadi Penulis Hebat: Langkah Demi Langkah
96 Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad SAW - Ed. 2011
97 Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
98 Senangnya Memasak Ayam
99 Motivasi Alihan Untuk Pelajar
100 Bilal Bin Rabah
101 Hijrah
102 Perang Badar: Perang Penentuan
103 Diari Orang Popular
104 55 Petua Orang Berjaya
105 Impiana: Finale
106 Projek Fesyen Ain Maisarah
107 Puteri Selembut Bayu
108 Dato' Dr Haron Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian
109 Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
110 Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
111 Menjadi Wanita Super Dengan Asma Al-Husna
112 Blog + Google Adsense = Duit
113 Puteri Kemilau Cahaya
114 Puteri Tudung Bermanik
115 Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis
116 Namaku Bedah
117 Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
118 Bacakan Saya Satu Cerita
119 Ali Bin Abi Talib
120 Laksamana Cheng Ho
121 Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
122 Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
123 Aisyah: Keanggunan Sejati - kulit lembut
124 Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
125 The Magic Of Thinking Big - Ed. Bahasa Melayu
126 DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi & Kawalan
127 Berfikir Gaya Trump
128 Rekaan Unik & Istimewa Daripada Kadbod Berwarna
129 Rekaan Kotak Hadiah Kecil Daripada Kadbod Berwarna
130 Cikgu Paling Gempak
131 Komik-M: Aku, Kau & Bola 3 (Masa Tambahan)
132 31 Kisah Teladan: Wang Dinar Malaikat
133 Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
134 Dwilogi Padang Bulan
135 Komik-M: Dunia Kartun (Lawak Orang Bujang)
136 Aku, Dia & Drama Queen
137 3I: Iman, Islam dan Ihsan
138 Pilih Lesen Apa?
139 Senangnya Memasak Makanan Barat
140 No Excuses ! Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya
141 Komik-M: Ultra Qalif 3 (Pertembungan 3 Jaguh)
142 Melah Melia: Selamat Tinggal Kawan
143 Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
144 Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Ed. Jimat
145 Kelab Gadis Ayu
146 Aminah: Cinta Puteri Quraisy
147 Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Ed. Jimat
148 Aku Mahu Superbibik
149 Senangnya Memasak Puding & Desert
150 Terapi Solat Tahajud
151 Motivasi 5A UPSR
152 Sebongkah Batu di Kuala Berang
153 Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
154 How To Win Friends & Influence People - Ed. Bahasa Melayu
155 Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
156 Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
157 The 360 Degree Leader - Ed. Bahasa Melayu
158 Aina Aini: Diva Kampung
159 Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan
160 Ilmuwan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun
161 Indahnya Malam Pengantin
162 Young Aisyah: Sayang Cikgu
163 Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam
164 Young Aisyah: Operasi 3K
165 Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
166 Fatimah Fatty
167 Abu Bakar: Sahabat Sejati
168 Putera Danish & Villa Fantasi
169 Fokus & Klik!
170 Dahsyatnya Qiamullail
171 Gadis Bubble Gum
172 Gila Gila PSP
173 Aku, Dia & Glamor
174 501 Soal Jawab Darah Wanita
175 Akukah Cinderella Itu?
176 Komik-M: Amylea (Si Penyelamat Anak Patung)
177 Andai Syurga Dan Neraka Tidak Ada
178 Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
179 Gadis Lolipop
180 Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
181 Gadis Skuter
182 Aku, Dia & Coklat
183 Buat Duit Dengan Menulis
184 Blues Amni: Oh Kerja!
185 Hebatnya Kuasa Istikharah
186 Tariq: Menang ataupun Syahid
187 Tip Menjadi Penulis Bestseller
188 Hidangan Terbaik Dunia - Cina
189 Siri Muaz & Haikal: Gerak Kilat
190 Mendidik Anak Perempuan
191 Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
192 Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung
193 Rahsia Bisnes Orang Cina
194 3T: Taubat Tasbih Tahajud
195 Sayalah Puteri Raja!
196 Senangnya Memasak...Daging
197 PDA Untuk Pekerja Cemerlang
198 Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah
199 Salju Sakinah
200 Terapi Ruqyah

http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_200_jualan_mei_2011_berdasarkan_nilai_ringgit/

Sunday, June 5, 2011

PESTA BUKU MYDIN SUBANG JAYA




































Pesta Buku Mydin di Subang Jaya bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2011 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Saya dan Tuan Bahruddin Bekri sana pada 5hb hari Ahad dari jam 2 petang.

Thursday, June 2, 2011

SELAMAT HARI LAHIR






Semalam 2hb Jun 2011 adalah hari kelahiran saya yang ke 57,

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan dan pelbagai nikmat.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga doa-doa yang baik itu memberi manfaat kepada kita bersama.

Amin.