Tuesday, March 22, 2011

SUDAH TERBIT


10 ribu tentera Ahzab (bersekutu) bersatu bagi menghancurkan Kota Madinah, 3 ribu tentera Islam bersedia untuk mempertahankannya, Salman al Farisi mencadangkan supaya menggali parit.

Pada saat tentera Islam sedang di kepung musuh dari segenap penjuru, dikala mereka yang munafik melarikan diri dari medan perang, Allah turunkan para malaikat disertai hujan lebat dan angin kencang menyebabkan tentera ahzab melarikan diri.

Allah memberi kemenangan kepada pasukan muslimin bukan secara mudah dan percuma. Mereka berusaha keras dengan membina sistem pertahanan yang paling canggih pada masa itu, mengatur strategi perang, bertahan dan menyerang dengan menggunakan senjata yang sama dimiliki musuh, kepakaran mengatur pasukan dan keberanian menghadapi musuh yang tiada tandingan, ketaatan dan kepatuhan kepada Rasulullah serta peranan pasukan perisik yang berjaya memecahbelahkan pihak musuh. Semuanya itu digabungkan menjadi satu barulah datang bantuan daripada Allah swt.

Novel ini sudah terbit berada di kedai buku tidak lama lagi...


Friday, March 18, 2011

DOKUMENTARI DOL SAID PAHLAWAN NANING

Usaha pihak TV Hijrah mendokumentarikan kisah pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajah patut diberi pujian dan sokongan kerana usaha tersebut dapat memperkenalkan pahlawan-pahlawan tanah air, menghargai serta menghayati perjuangan mereka serta dapat menanam semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air terutama di kalangan generasi muda.

Usaha tesebut dimulakan dengan mendokumentari kisah Dol Said Pahlawan Naning yang pengambarannya dijalankan di sekitar Naning Alor Gajah Melaka. Kemudian penebit dan kru pengambaran datang ke rumah saya bagi menemuramah saya sebagai penulis novel Dol Said Pahlawan Naning.

Selepas ini mereka mendokumentarikan pula kisah Pahlawan yang lain seperti Parameswara, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain lagi.































MUSTAFA KAMAL ATATURK

Mustafa Kamal Ataturk tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi sanjungan kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap agama Islam, ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah disanjung sehingga digelar “Khalid al Walid” kerana berjaya mengalahkan tentera British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama, menunjukkan belang hitamnya setelah berkuasa.

Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.

Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.

Penulisan novel Mustafa Kamal Ataturk berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah…Terima kasih
kepada yang memberi sokongan…



Mustafa Kamal Ataturk adalah tokoh hitam sejarah Islam yang telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah serta melakukan pelbagai penghianatan terhadap Islam...


Semasa di Turki sempat bertemu ramah dengan beberapa orang rakyat Turki...




Ketika Mustafa Kamal Ataturk berada di puncak kuasa...




Mayatnya tidak ditanam tetapi diletakkan dalam keranda lalu disimpan di tempat ini...







Friday, March 11, 2011

IMAM IMAM YANG BENAR


Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hanbali dan Imam Maliki adalah imam besar Ahli Sunah Waljamaah yang benar. Mereka memiliki ilmu yang sangat luas serta diakui ketokohannya sehingga boleh mewujudkan mazhab sendiri. Walau berlainan mazhab namun mereka saling hormat menghormati. Imam Maliki pernah berguru dengan Imam Hanafi, Imam Syafie pula pernah berguru dengan Imam Maliki dan Imam Hanbali pernah berguru dengan Imam Syafie.

Kisah hidup serta perjuangan empat imam yang benar itu dikumpulkan dalam sebuah buku menjadi 4 dalam 1 dijadualkan terbit pada 25 Mac nanti dengan harga RM 55.


JALAN-JALAN DI KOTA LONDON


Semasa berada di London sempat melawat Istana Buckingham atau Buckingham Palace dan London Eye. Dalam cuaca pagi yang dingin kami berjalan kaki menuju ke kediaman resmi Ratu Inggeris itu. Dari jauh kelihatan orang ramai yang terdiri daripada pelancong sudah memenuhi perkarangan luar istana yang menjadi lambang kemegahan kerajaan British. Kami menyaksikan pertukaran shif pengawal istana. Setelah rampai tamat jam 12 kami berjalan kaki menuju ke London Eye yang menjadi tumpuan orang ramai.
















Wednesday, March 9, 2011

MELANCONG DENGAN WANG ROYALTI

Sekarang barulah dapat peluang pergi melancong dengan wang royalti sesuatu yang tidak pernah saya mengimpikannya sebelum ini. Alhamdulillah kini impian itu menjadi kenyataan apabila dapat melancong ke Turki dan London. Namun pemergian itu bukan untuk berlibur saja tetapi lebih kepada membuat kajian serta persediaan menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari yang peninggalan sejarahnya masih ada di Istanbul. Dan selepas ini merancang pergi ke Andalus Sepanyol pula bagi persediaan menulis kisah Isabella.

Semasa menulis kisah Salahudin Ayubi, Tariq dan Sultan Muhamad al Fateh saya memang tidak berkesempatan melawat tempat di mana berlakunya peristiwa tersebut. Bagi menulis Kisah Mustafa Kamal Ataturk baru berpeluang pergi ke tempat tersebut dengan harapan semoga lebih berkesan penceritaannya…



Bergambar semasa di London eye



Bergambar di depan Masjid Biru Istanbul Turki.