KARYA-KARYAKU


Wednesday, February 23, 2011

DIULANG CETAK


Novel Hijrah yang tebalnya lebih 600 muka surat dengan harga RM 35 terbit pada Disember 2010 akan diulangcetak lagi.



Novel Imam Hanafi akan diulang cetak kali ketiga....



PERGI MELANCONG

Jika tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi kami akan pergi melancong ke Turki, London dan Paris. Di Turki kami akan menziarahi Makam Sultan Muhamad al Fateh, Abu Ayub al Ansari di Istanbul dan Mustafa Kamal Ataturk di Ankara. Kisah Sultan Muhamad al Fateh sudah dijadikan novel. Kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari akan dijadikan novel. InsyaAllah. Di Turki juga banyak tempat yang menarik antaranya Masjid Biru, Aya Sofea, Istana Topkapi, Selat Bhosphorus, istana Sultan-sultan Ottoman dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang singgah di Kota London dan Paris. Semoga perjalanan kami selamat dan berjalan lancar…



Makam Abu Ayub al Ansari seorang sahabat Nabi Muhamad saw.

Makam Sultan Muhamad al Fateh di Istanbul.


Kota Paris.


Turki...




London...



Tuesday, February 15, 2011

HIJRAH

Sempena menyambut hari keputeraan junjungan mulia Nabi Muhamad saw kami persembahkan sebuah novel HIJRAH yang menceritakan kisah Rasulullah sejak dilahirkan, kehidupan masa kecil hingga remaja lalu menuju dewasa hingga diangkat menjadi Rasulullah saw. Diceritakan juga kisah perjuangan baginda selama 13 tahun berdakwah di Kota Mekah hingga berhijrah ke Madinah.

Novel ini telah berada di pasaran dan tersenarai dalam 50 TOP Januari 2011 berdasarkan jumlah naskhah terjual…


Friday, February 11, 2011

SELAMAT JALAN MUBARAK

Sesudah berkuasa selama 30 tahun dan setelah berjaya mengumpulkan harta kekayaan yang banyak sehingga 40% rakyat berada di bawah garis kemiskinan, menekan gerakan Islam serta menjalin hubungan baik dengan Israel akhirnya diktator Mubarak itu berundur juga setelah tidak dapat lagi menyekat kebangkitan rakyat selama 18 hari yang mahukan perubahan serta memaksanya meletak jawatan.

Seperti Firaun Mesir yang tenggelam di laut Merah, Mubarak juga lari ke Laut Merah Sharm el-Sheikh sebelum meninggalkan Mesir buat selamanya. Kini Mesir dipimpin oleh Menteri Pertahanan Hussein Tantawi.

Ekoran itu Israel Negara pertama menutup kedutaannya di Mesir. Rakyat Gaza yang turut menderita akibat kekejaman Mubarak turut bergembira dengan kejatuhannya…