Tuesday, November 30, 2010

PERANG UHUD DAN EDISI JIMAT 50 TOP NOVEMBER




Senarai di bawah ini adalah berdasarkan bilangan naskhah yang terjual sepanjang bulan Oktober 2010:

1. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
2. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
3. Cita Rasa Malaysia: Terengganu
4. Cita Rasa Malaysia: Negeri Sembilan
5. Senangnya Memasak Puding & Desert
6. Dear Yayah The Series
7. Senangnya Memasak Ayam
8. Senangnya Memasak Kuih Kukus
9. Senangnya Memasak Nasi
10. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
11. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
12. Senangnya Memasak Ikan
13. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
14. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
15. Akukah Cinderella Itu?
16. Dahsyatnya Doa Ibu
17. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (ed. jimat)
18. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
19. Mendidik Anak Perempuan
20. Senangnya Memasak Makanan Barat
21. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel (ed. jimat)
22. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
23. Seperti Keju & Coklat
24. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
25. Khalid: Memburu Syahid (ed. jimat)
26. Tariq: Penakluk Andalusia (ed. jimat)
27. Puteri Kemilau Cahaya
28. Senangnya Memasak Daging
29. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi (ed. jimat)
30. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur (ed. jimat)
31. Didik Anak Gaya Rasulullah (ed. kulit keras)
32. Andai Syurga Dan Neraka Tidak Ada
33. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
34. Cita Rasa Malaysia: Melaka
35. Ikramah: Penentang Jadi Pembela (ed. jimat)
36. Cita Rasa Malaysia: Pahang
37. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
38. Alexander Adalah Zulqarnain
39. Ratib Kekasih Allah
40. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
41. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
42. Spanar Dan Spatula
43. 501 Soal Jawab Darah Wanita
44. Komik-M: Budak Takraw 2
45. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
46. 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris
47. Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
48. Komik-M: Dear Yayah The Comics 2
49. Komik-M: Semangat Gahsing
50. Komik-M: Aku, Kau & Malaysia

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.


http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_50_november_2010/




Thursday, November 11, 2010

SUDAH TERBIT

Negeri Pahang berbangga dengan Pahlawan Mat Kilau, Kelantan dengan Tok Janggut, Melaka dengan Dol Said, Sarawak dengan Rentap, Johor dengan Si Bongkok Tanjung Puteri maka Negeri Sembilan pula boleh berbangga dengan Pendekar Siamang Gagap. Seperti pahlawan Melayu yang lain, Pendekar Siamang Gagap juga pernah menentang penjajah Inggeris tetapi kini namanya hampir dilupakan. Sejarah perjuangannya tidak diketahui ramai. Kisah pendekar Siamang Gagap ini pernah diterbitkan oleh Utusan Publications pada tahun 1998. Kemudian saya tulis semula kisah itu (bukan plagiat yang lama) dalam bentuk dan persembahan yang baharu, sekarang sudah diterbitkan oleh PTS Litera Utama. Semoga dengan terbitnya novel ini bertambah lagi koleksi novel pahlawan Melayu dengan harapan pembaca dapat mengetahui serta menghargai perjuangan mereka.




Sila baca dahulu novel ini sebelum menuduh saya menciplak novel sendiri...

Novel ini pernah diterbitkan oleh Utusan pada tahun 1998. Walau judulnya sama tetapi cara penceritaannya berbeza...Ditulis semula dalam bentuk baharu...

Menurut Datok Maharajalela, neneknya pernah berkahwin dengan Pendekar Siamang Gagap.



Tidak ada tercatat nama Pendekar Siamang gagap di makam ini.


Di sini kubur Pendekar Siamang Gagap.



Pendekar Siamang Gagap pernah berkhidmat di sini...



Wednesday, November 10, 2010

CERAMAH MENULIS CERPEN DI SMK KGV

Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat dan enam rendah Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Seremban yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina dan India telah mengikuti ceramah penulisan cerpen sempena khemah Membaca 1 Malaysia. Pengetua sekolah tersebut Tuan Haji Mohd bin Md Isa berharap hasil dari ceramah itu para peserta akan menghasilkan karya dan 30 buah cerpen yang terbaik akan dibukukan dalam bentuk antologi cerpen yang akan diusahakan penerbitannya oleh pihak sekolah tersebut.


Pelajar ini sungguh berminat dengan novel Leftenan Adnan.

Menerima hadiah daripada pihak sekolah. Terima kasih.


Novel sejarah Islam laris. Alhamdulillah...






Pelajar bertanya mengenai novel Umar al Khattab yang sudah dibacanya.

Sesi bergambar

Cikgu ini membeli satu set edisi jimat. Terima kasih.






Wednesday, November 3, 2010

TOP 50 OKTOBER 2010




Alhamdulillah, 7 judul edisi jimat dan Perang Uhud termasuk dalam senarai 50 top Oktober 2010.





Tuesday, November 2, 2010

SURAT MOHON MAAF




Assalamualaikum tuan.

Saya (nama dirahsiakan) mohon maaf kepada tuan kerana telah menulis kritikan secara melulu kepada tuan dalam facebook tempoh hari. saya menulis kritikan yang menganggap kerosakan sejarah boleh berlaku dalam novel tuan. Sejujurnya tindakan saya menulis seperti itu kerana saya teringat kata-kata ustaz saya memberitahu perkara sedemikian selepas saya membaca dan memberitahu kepadanya mengenai novel tuan(Sultan Muhammad Al Fateh).

Sejujurnya juga saya telah memiliki beberapa novel tuan termasuklah Umar Al Khattab, Hulagu Khan dan saya akui ianya medium dakwah yang terbaik…saya harap tuan faham usia saya yang muda dan bertindak secara mululu dan spontan terhadap tuan dalam ruang maya ini.saya memohon maaf.

Allah telah mencampakkan rasa bersalah saya kepada tuan kerana banyaknya sumbangan tuan kepada Islam .Jua saya peminat novel tuan,tetapi menulis sesuatu yang melulu terhadap tuan. Sedar tuan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dalam menceritakan sejarah jihad pejuang pejuang Islam. Dan saya jua sedar dan tahu tuan sebagai penulis semestinya telah membuat rujukan yang sahih sebelum menulis dan diterbitkan kepada umum.

Saya mohon keampunan daripada tuan atas teguran saya.saya tidak mahu dilebel Allah orang yang menentang dan mempertikai usaha dakwah sesama muslim diakhirat kelak.

Moga tuan terus berkarya dalam mengembangkan dakwah di seluruh tanah air. Akhir kata maafkan atas tindakan saya tempoh hari.

Sekian.

(Nama dirahsiakan)
---------------------------------------------------------------------
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

Saya mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana dapat bersabar apabila menerima kritikan lalu berlapang dada menerimanya. Dan saya lebih bersyukur apabila tuan yakin bahawa Allah telah mecampakkan rasa bersalah terhadap tuan disebabkan kritikan tersebut. Saya menerimanya juga dengan berlapang dada semoga dijauhi dari rasa riak dan takbur...

Memang benar saya menulis novel sejarah itu berdasarkan buku rujukan yang sohih. Walau pun begitu mungkin masih ada kekurangan yang boleh diperbaiki. Dan saya sedia menerima teguran daripada mana-mana pihak.

Terima kasih.


Monday, November 1, 2010

IMAM HANBALI PEJUANG KEBENARAN


Imam Hanbali dapat menghafaz 700,000 hadis sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau berguru dengan Imam Syafie, tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

Apabila Khalifah Harun Ar-Rasyid menawarkan untuk menjadi Kadi di Yaman, ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.

Beliau menentang fahaman Muktazilah akibatnya dihukum penjara hampir 20 tahun dan disebat. Beliau meninggal dunia dalam usia 77 tahun. Menurut Muhamad Abu Zahrah dalam bukunya seramai 80 ribu orang hadir pada hari pengkebumiannya dan seramai 10,080 orang Yahudi, Nasrani dan Majusi memeluk Islam…

Novel Imam Hanbali Pejuang Kebenaran yang terbit pada April 2010 telah diulangcetak lagi…