KARYA-KARYAKU


Sunday, August 29, 2010

IKTIBAR DARI SEJARAH

Tempat : Sekolah Menengah Agama Sain Kuala Pilah

Majlis: Bicara Ilmu Iktibar Dari Sejarah

Masa: Jam 3.00 Petang







Gambar dari internet...

Tuesday, August 24, 2010

BERBUKA PUASA

Dapat bergambar dan bersalaman semasa majlis berbuka puasa di kediaman rasmi YAB Tan Sri Dato’ HJ Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Sri Satria Putrajaya pada 24 Ogos.

Bergambar dengan penyair Rahman Shaari dan Ghazali Malim.

Penulis PTS Nissa' Yusof dengan novel terbaharunya GERHANA


Tak sangka dapat sembahyang di sebelah TPM. Kami bersentuhan bahu semasa bersembahyang dan saya dapat dengar bacaan wirid, doa dan selawatnya yang fasih..


Berbuka puasa bersama pengurus dan editor PTS Litera yang menerbitan novel sejarah Islam...



Berbuka puasa bersama keluarga....




Monday, August 23, 2010

NOVEL SEJARAH ISLAM

Bagi penduduk kawasan bandar novel sejarah Islam mudah didapati kerana ada dijual di kedai buku seperti Popular, MPH dan Kinokuniya.


Gambar ini diambil di MPH Mid Valley...





TEMURAMAH PELAJAR UPSI

Beberapa orang pelajar UPSI menemuramah saya mengenai tugasan mereka menyiapkan tesis. Terima kasih...



Isma, Damit dan Elazabeth membuat kajian mengenai penulisan novel sejarah Islam.







Juriah membuat kajian mengenai kerjaya saya dengan Felcra sebelum menjadi penulis novel sejarah Islam.


BEDAH BUKU DI UPM

Bedah buku Salahuddin Al Ayubi, Rabiatul Adawiyah dan Sultan Muhamad al Fateh di UPM anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
























Sunday, August 22, 2010

EDISI JIMAT

Tujuh judul novel pahlawan Islam telah dipilih untuk diterbitkan dalam edisi jimat. Harganya lebih murah namun kualitinya tetap dijaga. Kavernya cantik dan menarik...

Edisi jimat ini disasarkan kepada pelajar dan penduduk di kawasan luar bandar.


Harga RM14.00 / RM16.00 Sabah dan Sarawak terbit 25 Ogos 2010

Harga RM14.00 / 16 Sabah dan Sarawak. Terbit 25 Ogos 2910.


Harga RM15.00 /17.00 Sabah dan Sarawak terbit 25 Ogos 2010

Harga RM14.00 / 16.00 Sabah dan Sarawak terbit 25 Ogos 2010


Harga RM14.00 / RM 17.00 Sabah dan Sarawak terbit 25 Ogos 2010



Harga RM15.00 / RM17.00 Sabah dan Sarwak. Terbit 25 Ogos 2010



Harga RM15.00 / 17.00 Sabah dan Sarawak. Terbit 25 Ogos 2010.


NOVEL PERANG

Setelah menulis kisah pahlawan Islam seperti Khalid Memburu Syahid, Salahuddin al Ayubi Penakluk Jerusalem dan lain-lain lagi maka beralih pula kepada kisah dan tokoh ilmun Islam seperti Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali. Seterusnya saya diberi peluang menulis kisah-kisah perang yang penting dalam Islam.


Novel Perang Badar tersenarai dalam "Senarai Terlaris" novel sejarah Islam dalam portal PTS. Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang memberi sokongan.

Kini sudah terbit kisah Perang Uhud, satu peperangan yang sangat penting dan bersejarah dalam Islam.

Selamat membaca....

Wednesday, August 18, 2010

BEDAH BUKU DI UPM










Program Bedah Buku (PBB) Salahuddin Al-'Ayubi, Sultan Muhammad Al Fateh dan Rabiatul' Adawiyah.

Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 9 pagi - 1 petang
Tempat : Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM

Kursus Karyawan Ilmuan Islam Superior bersama PTS Islamika & PTS Litera (Bahagian 1)
Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 2 petang – 4.30petang
Tempat : Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM

Kursus Karyawan Ilmuan Islam Superior bersama PTS Islamika & PTS Litera (Bahagian 2)
Tarikh : 22 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 9 pagi – 1 petang
Tempat : Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KURSUS KARYAWAN ILMUAN ISLAM SUPERIOR HUBUNGI:

SaudaraAkhmal (017-4123204 )*
Saudari Syurafak (03-4264542)

Semua dijemput hadir. Masuk percuma.

Sunday, August 15, 2010

BACA@SEKOLAH ULU GADONG


Wakil PTS bersama YDP Asrama Anak-anak Yatim Ulu Gadong Tuan Haji Edrus.


Dahulu asrama Anak-Anak Yatim Ulu Gadong diperbuat dari kayu, papan dan buloh tetapi sekarang sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan....


Almari kosong sebelum dimuatkan bahan bacaan



Setelah dimuatkan bahan bacaan...


Penghuni Asrama Anak-Anak Yatim Ulu Gadong berkerumun sebelum sempat buku disusun dalam almari...mereka dahagakan bahan bacaan...




Kenangan manis bersama penghuni Asrama Anak-Anak Yatim Ulu Gadong...





Lambaian penghuni Asrama Anak-Anak Yatim Ulu Gadong....

Thursday, August 12, 2010

AKAN TERBIT




Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/ 26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW.

Pasukan musyrikin Mekah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud adalah seramai 700 orang sahaja.

Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh.

Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah...


Monday, August 9, 2010

PROGRAM BACA@SEKOLAH

Program Baca@Sekolah akan diadakan di Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Ogos @ 5 Ramadan.

Menurut Cik Azzah AR, penyelaras program tersebut bertujuan mewujudkan sudut bacaan bagi penghuni asrama tersebut. Dan pengumpulan bahan bacaan sudah mencukupi.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.30 tengahari.


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menumpang kasih.

Suatu ketika dahulu saya pernah menjadi penghuni di Asrama Anak-Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong ini. Gambar oleh Cik Azzah AR.


Tempat ini akan menjadi sudut bacaan penghuni di sini. InsyaAllah... Gambar oleh Cik Azzah AR.



Kotak-kotak berisi bahan bacaan yang akan diserahkan...




Aturcara adalah seperti berikut:

10.00 pagi - Sesi Bersama Penulis: Tuan Abdul Latip Talib

11.00 pagi - Penyerahan buku-buku sumbangan para dermawan

11.30 pagi - Aktiviti mewujudkan Sudut Bacaan dimulakan (menyusun buku dan dekorasi)

12.30 tengahari - Acara dijangka tamat.




Wednesday, August 4, 2010

CERAMAH DI SMK TUNKU SYED IDRUS TAMPIN



Bergambar bersama guru dan pelajar...









Sesi tandatangan penulis...






Tarikh: 5hb Ogos 2010

Masa: 2.30 Petang.

Tajuk Ceramah: Menulis Novel Sejarah