KARYA-KARYAKU


Thursday, July 29, 2010

SURAT DARI PEMBACA


Assalamualaikum...

Semoga Allah murahkan rezeki Pak Latip. Saya ini seorang peminat sejarah Islam.. Sejak saya baca buku yang Pak Latip. Minat saya dengan pahlawan Islam semakin mendalam. Walaupun umur saya baru 16 tahun. Saya semakin suka dengan sejarah Islam.

Hari itu, subjet sejarah dapat A.. Saya cuba periksa kat mana yang banyak betul.. Rupa-rupanya kat bahagian tokoh Islam. Mungkin ini berkat saya baca buku Pak Latip. Terima kasih Pak Latip.

Disini saya ingin mencadangkan kepada Pak Latip agar Pak Latip dapat keluarkan buku berkaitan dengan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz yang mengisahkan tentang kerajaan Mamluk yang membebaskan Islam dari kerajaan Mongol pimpinan Kitbuqa.

Jasa baik Pak Talib amat saya hargai. Sakali lagi saya mendoakan agar Pak Talib dicucuri rahmat dan dimurahkan rezeki. Amin..

Ahmad Faizal

Wednesday, July 28, 2010

MENJEJAK MAKAM DATUK SIAMANG GAGAP

Datuk Siamang Gagap atau nama sebenarnya Abdul Qahar bin Mukmin adalah pahlawan Negeri Sembilan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus. Beliau juga yang berusaha menghalang campur tangan British di Seri Menanti.

Kisah Datuk Siamang Gagap telah dijadikan novel dalam genre pahlawan Melayu. Saya yang dibantu Tuan Jamalizamani seorang pensyarah, telah berjaya menjejaki kuburnya serta bertemu dengan waris beliau di Juaseh Kuala Pilah.

"Ini bukan kubur Datuk Siamang Gagap kerana itu nama beliau tidak tertulis di situ," kata Datuk Maharajalela Ismail bin Manap.

Menurut Datuk Maharaja Lela Ismail, Datuk Siamang Gagap telah berkahwin dengan nenek saudaranya dan setelah meninggal dunia lalu dikebumikan di kubur tepi sawah itu.

Menurut Tuan Jamalizamani, suatu ketika dahulu pernah kawasan ini dicadangkan untuk dijadikan kawasan bersejarah...


Terjumpa batu nisannya setelah kawasan itu di tebas.


Menurut tuan Jamalizamani, allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris pernah berkunjung ke tempat ini dan mengakui kubur Datuk Siamang Gagap.




Akhirnya kubur Datuk Siamang Gagap dapat dijejaki....


DISKUSI NOVEL SALAHUDIN AL AYUBI

Semalam 28hb (Rabu) telah berlangsung majlis Diskusi Buku Salahudin Al Ayubi di Institut Tahfiz al Quran Negeri Sembilan di Gemencheh. Ramai pelajar yang minat membaca novel sejarah Islam.



Novel ini sudah dicetak 10 kali dan selalu didiskusikan.

Pelajar Institut Tahfiz al Quran Negeri Sembilan di Gemencheh dan para pendidik yang sempat hadir.


Sesi bersama penulis










Thursday, July 22, 2010

JEMPUTAN CERAMAH MINGGU BAHASA

Apabila ditanya siapa yang sudah membaca novel sejarah Islam, separuh daripada pelajar dalam dewan itu mengangkat tangan. Semasa kami minum selepas berceramah, orang guru di sekolah tersebut mengatakan salah seorang pelajarnya telah membaca 10 buah novel sejarah Islam. Mereka juga menggemari novel-novel PTS yang lain termasuk komik M. Semoga usaha ini dapat menanam minat membaca di kalangan anak-anak muda....









Sempena Minggu Bahasa, pihak Sekolah Menengah Rendah Agama Repah menjemput saya untuk perkara berikut:

Tajuk Ceramah : Bersama Penulis Novel Sejarah

Sasaran Ceramah : Pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan 3
(200 orang pelajar)

Tarikh : 22 Julai 2010 (khamis)

Masa : 315 petang – 430 petang

Tempat : Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Repah


Kampung Repah adalah tempat kelahiran pahlawan Negeri Sembilan Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Abdul Qahar bin Mukmin. Kebetulan hari ini saya dijemput datang memberi ceramah maka bolehlah menceritakan kisah Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan yang baru selesai ditulis...





Wednesday, July 21, 2010

MAJLIS PELANCARAN NOVEL

Majlis pelancaran novel sejarah Islam Perang Badar dan Khalifah-Khalifah Yang Benar telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau pada 21 Julai 2010 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada pihak SMKUR, terutama Pengetua Cemerlang Datin Azimah binti Alias, Cikgu Abdul Razak, Cikgu Azhar dan semua yang membantu menjayakan majlis tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Azali bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau yang telah menyempurnakan pelancarannya dan pihak media Akhbar Sinar dan Berita Harian yang turut hadir.












Sejak novel sejarah Islam diterbitkan pada tahun 2007 yang lalu pernah juga terfikir untuk membuat majlis pelancarannya. Walaupun pelancaran novel tidak menjamin bertambah larisnya jualan novel namun ia boleh memberi semangat dan motivasi kepada penulisnya.

Alhamdulillah, akhirnya impian itu terlaksana juga apabila pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau membuat majlis pelancaran novel Khalifah-Khalifah Yang Benar dan Perang Badar pada hari ini.

Lebih mengembirakan Majlis pelancarannya diadakan di Rembau, tempat kelahiran saya...




Majlis Pelancaran novel

1. Khalifah-Khalifah Yang Benar

2.Perang Badar

Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan
Undang Rembau

Tarikh: 21 Julai 2010

Masa: Jam 3.00 Petang


Sunday, July 18, 2010

TERBIT JANUARI HINGGA JUN 2010

Alhamdulillah,

Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya telah terbit 7 buah novel sejak bulan Januari hingga Jun 2010.

Semoga hingga bulan Disember nanti terbit 12 buah novel. InsyaAllah...

Ya Allah kepadaMu aku memohon....


















Thursday, July 15, 2010

PEMINAT NOVEL SEJARAH ISLAM

Tuan Faizal Mohd Yusof dan Tuan Nabil Mohd Amin sangat gemar membaca novel sejarah Islam sehinggakan keduanya sanggup datang ke Jelebu mencari rumah saya untuk satu pertemuan. Keduanya membawa novel-novel sejarah Islam yang baru dibeli untuk minta ditandatangani.

"Dulu saya tidak suka membaca novel. Langsung tak suka. Tetapi apabila Faizal mencadangkan saya membaca novel sejarah Islam, lantas memikat hati saya dan sangat mengemarinya. Novel yang mula-mula saya baca ialah Ikramah Penentang Jadi Pembela," kata Tuan Nabil, seorang usahawan berasal dari Terengganu kini menetap di Bangi.

"Semua novel sejarah Islam yang Pak Latip tulis saya beli dan baca," kata Tuan Faizal pula. Beliau yang juga seorang usahawan sering mempromosikannya kepada kawan-kawan.

Saya berasa sangat gembira dan terharu dengan kunjungan mereka...



Tuan Faizal Mohd Yusuf (labi) membawa novel sejarah Islam yang baru dibelinya untuk ditandatangani.


Novel Ikramah Penentang Jadi Pembela berjaya memikat hati tuan Nabil Mohd Amin lantas menjadi peminat novel sejarah Islam.













Wednesday, July 14, 2010

NOVEL ALI BIN ABI TALIB

Saya yakin apa yang saya tulis adalah benar kerana ada buku-buku rujukannya. Antara buku rujukan bertajuk Imam Ali bin Abi Talib oleh H.M.H Al Hamid Al Husainiditerbitkan oleh Lembaga Penyelidikan Islam Indonesia (Islamik Research Institut). Sebuah lagi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib oleh Abul Hasan An Nadawi terjemahan oleh Yunus Ali Al Muhdhor penerbit Asy Syifa Darul Fikir Kuala Lumpur.

Buku ini ditulis bukan mewakili mana-mana fahaman. Terserah kepada pembaca untuk menilainya.


Tuesday, July 13, 2010

AKHIRNYA


Akhirnya wujud juga sebuah perpustakaan kecil dalam rumah. Di sinilah tempat untuk membaca dan menulis. Tidur dengan buku....


Thursday, July 8, 2010

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2010

Tahniah diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan yang telah menganjurkan Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Seremban2 dengan tema “Bangsa Membaca Malaysia Berjaya.”


Puan Adnon Penolong Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan menyampaikan cenderamata.


Buku-buku terbitan PTS paling banyak dijual.



Terima kasih kerana dijemput dalam sesi bersama penulis.



Seorang pelajar tingkatan satu (13 tahun) meminta ayahnya membelikan novel Perang Badar.



Pelajar sekolah agama ramai yang minat membaca novel sejarah Islam.






Tuesday, July 6, 2010

MAJLIS PENYERAHAN SEMULA ANAK ANGKAT

Majlis penyerahan semula anak-anak angkat yang terdiri daripada peserta kursus Diploma Pengurusan Awam telah berlangsung di Dewan Majlis Daerah Jelebu pada 6 Julai (Selasa), Y.B Dato’ Yunus bin Rahmat (ADUN Klawang), Pengarah INTAN dan Pegawai Daerah Jelebu turut hadir dalam majlis tersebut.

Ramai ibu bapa angkat yang menitiskan air mata mengiringi pemergian anak-anak angkat mereka. Selama dua minggu berada di rumah keluarga angkat telah terjalin hubungan baik dan mesra walaupun ada diantara mereka bukan Melayu. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin itu akan berterusan.

Anak-anak angkat sudah pastinya dapat menimba banyak pegalaman hidup di kawasan luar Bandar serta dapat memahami kehidupan masyarakat desa.







Noor Soraya dan Wahida









Sunday, July 4, 2010

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2010



Tarikh: 06 Julai - 11 Julai

Masa: 10:00 pagi hingga 10:00 malam

Tempat: Jusco (AEON), Seremban 2

Anjuran: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan.

Sesi bertemu penulis adalah seperti berikut:

Pada 6 Julai 2010. Puan Haiza Najwa (Novelis). Jam 2.30 hingga 4.30 petang

Pada 8 Julai 2010. Tuan Abdul Latip Talib (Novel Sejarah No.1 Malaysia). Jam 2.30 hingga 4.30 petang

Pada 9 Julai 2010. Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin (Penyair). Jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pada 9 Julai 2010. Puan Nisah Haron (Novelis). Jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Mari datang beramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Sembilan ini. Masuk adalah percuma.