KARYA-KARYAKU


Wednesday, June 25, 2008

HARI KOPERASI SMTTJ

Semalam 25hb, Hari Koperasi Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar Seremban. Saya dijemput untuk memberi ucapan atas tajuk "Bidang Penulisan Sebagai Kerjaya."

Aturcara majlis perasmian dimulai dengan persembahan koir dan nyanyian oleh pelajar sekolah tersebut diikuti penyampaian perutusan, YB Menteri Pelajaran, Yang di Pertua ANGKASA, YB menteri Pembangunan dan Usahawan Koperasi dan lain-lain.

Sempena dengan sambutan itu juga diadakan Anugerah Koperator Terbaik Sekolah, Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna, Penyerahan Pokok Herba dan jualan gerai.

Ujana ilmu mengadakan jualan buku-buku.

Disamping itu diselitkan ceramah Keusahawanan oleh seorang usahawan yang berjaya di Negeri Sembilan.

Saya pula dijemput berucap mengenai kerjaya di bidang penulisan.

Entri berkaitan boleh juga dibaca di http://latiptalib.blogspot.com


Terima kasih kerana penulis turut dijemput berucap di hadapan beratus pelajar pengetua, pegawai pendidikan dan koperasi.
Ujanai Ilmu turut menjual buku-buku PTS.


Bergambar dengan seorang pembeli (pegawai koperasi)


Puan pengetua ini minat membaca novel sejarah.




Dua pelajar ini turut membeli buku-buku PTS.

Wednesday, June 18, 2008

NOVEL KHALID BERUBAH WAJAH


Novel Khalid Memburu Syahid telah diulang cetak dengan wajah yang baharu dijangka terbit pada 24hb Jun ini.

Cetakan kali ini telah dibuat pembetulan beberapa kesilapan antaranya tarikh lahir Khalid dan nama Abu Lahab.

Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang membuat teguran mengenai kesilapan tersebut.

Novel ini juga turut dibaca oleh kaum wanita. Semoga ada yang akan melahirkan anak sehebat Khalid al Walid.

LEFTENAN ADNAN SIAP DITULIS



Kisah Leftenan Adnan telah siap ditulis dan telah dihantar kepada PTS Fortuna semoga diluluskan untuk penerbitannya pada tahun ini.

Semasa berada di Singapura saya bertanya kepada seorang anak saudara yang masih bersekolah adakah pernah mendengar Nama Leftenan Adnan?. Jawapnya, memang kenal nama itu kerana ada tercatat dalam pelajaran sejarah di sekolah.

Semasa mengunjungi sebuah kedai buku, novel sejarah Islam ada dijual di negara tersebut. Semoga setelah Novel Leftenan Adnan terbit nanti turut mendapat sambutan daripada pembaca di Singapura.

Tuesday, June 17, 2008

BUKIT CANDU WARISAN SEJARAH

Walaupun Singapura sedang pesat membangun namun masih menghargai serta memulihara warisan sejarah yang ada di negara mereka antaranya Bukit Candu tempat berlakunya pertempuran antara Askar Melayu yang diketuai Leftenan Adnan dengan tentera Jepun semasa Perang Dunia ke dua pada tahun 1942.

Dalam pertempuran selama 48 jam itu 42 Askar Melayu terkorban termasuk Leftenan Adnan. Mereka telah berjuang dengan penuh semangat serta keberanian dan tidak mahu menyerah kalah walau telah kehabisan peluru. Mereka bertempur mengggunakan tangan dan akhirnya semua mereka terkorban. Leftenan Adnan ditangkap lalu digantung ke dahan sebatang pokok sebelum dibunuh.

Bukit Candu tempat berlakunya peristiwa itu kini dijadikan warisan sejarah, kawasan hutannya dipulihara dan untuk kemudahan pengunjung disediakan tempat letak kenderaan, lorong berjalan kaki, tempat berehat dan sebagainya.

Bagi kemudahan pengunjung melihat kawasan sekitar disediakan sebuah jejantas kayu yang tinggi. Dari situ pengunjung dapat melihat kawasan sekitar Bukit Candu disamping menikmati kehijauan belantara dengan bunyi siulan burung dan pelbagai serangga.

Bukit Candu terletak di tempat strategik di tepi laut, dari situ boleh dijadikan laluan ke Pasir Panjang, Alexandra dan Bueno Vesta. Askar Melayu telah berjuang mempertahankan Bukit Candu sehingga mereka terkorban.

Keberanian mereka mendapat penghargaan daripada kerajaan British, nama Leftenan Adnan dan Askar Melayu juga terukir pada replika buku yang di jadikan mercu tanda Bukit Candu.

Keterangan Gambar.


Jalan menuju ke Bukit Candu. Kawasan hutannya masih dipulihara.

Pemandangan dari puncak Bukit Candu. Tentera Jepun mendarat dari laut.

Jejantas kayu dibina bagi melihat kawasan sekitar Bukit Candu.

Replika berbentuk buku terdapat di puncak Bukit Candu. Di sinilah berlakunya pertempuran antara Askar Melayu dengan tentera Jepun.

Sebuah kereta kebal lama dipamerkan di puncak Bukit Candu.

Pertemuan tidak dijangka antara Roslan dengan bekas gurunya En.Tan berusia lebih 80 tahun. Beliau menetap di Pasir Panjang. Sempat bercerita mengenai serangan tentera Jepun di Singapura.



Monday, June 16, 2008

KHABAR DARI SINGAPURA

Saya sekarang berada di Singapura. Semalam saya mencari Bukit Candu tempat berlakunya pertempuran terakhir antara Askar Melayu yang diketuai Leftenan Adnan dengan tentera Jepun yang berakhir dengan 42 Askar Melayu terkorban termasuk Leftenan Adnan.

Setelah dua jam mencarinya bersama adik saya Roslan (penduduk Singapura) akhirnya kami temui tempat bersejarah itu.

Singapura walau pesat membangun tetapi masih memelihara warisan sejarah antaranya Bukit Candu. Tempat tersebut telah dijadikan warisan sejarah meskipun kewujudannya tidak diketahui ramai rakyat Singapura.

Paling mengujakan semasa merayau-rayau di puncak Bukit Candu saya temui sebuah kubur lama yang masih ada batu nisan. Saya yakin disitulah Leftenan Adnan dan 42 Askar Melayu dikuburkan.

Menurut ceritanya setelah berakhir pertempuran di Bukit Candu penduduk kampung telah mendaki bukit tersebut lalu menemui 42 mayat Askar Melayu termasuk seorang pegawai berpangkat Leftenan.

Mereka telah menggali sebuah lubang besar lalu menguburkan mayat itu di situ. Adat kebiasaan orang Mekayu setiap kubur akan ditanda dengan batu nisan.

Gamabr-gambar akan menyusul kemudian.

Thursday, June 12, 2008

ALHAMDULILLAH

Di salin dari http://www.universitipts.com/

Top Earner PTS 2007

Berikut adalah ranking 10 orang penulis PTS yang paling tinggi royaltinya bagi jualan tahun 2007:

1. Dr. Danial Zainal Abidin

2. Dato' Dr. Haron bin Din

3. Ahmad Fadzli bin Yusof

4. Ashadi Zain

5. Abdul Latip bin Talib

6. YM Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

7. Ann Wan Seng

8. Farihah Iskandar

9. Muhammad Rozani Pawan Chek

10. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang

Wednesday, June 4, 2008

SOKONGAN MEREKA MENYUNTIK SEMANGAT

Satu jam berada di Mahkota Parade terasa cepat berlalu kerana dapat bertemu dengan penyokong buku-buku PTS. Ada yang sempat bergambar tetapi ada juga yang tidak sempat.

Rata-rata mereka bukan pembaca blog saya. Tetapi mereka pernah membaca novel saya. Kerana itu mereka spontan datang setelah En. Ruslan membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa novel-novel sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS ada dijual di situ. Dia juga mengumumkan penulisnya juga ada bersama. Mereka yang membeli novel boleh minta tandatangan dan bergambar sekali dengan penulisnya. Kata En Ruslan mengumumkan.

Rasa terharu apabila beberapa orang bukan Melayu turut membeli novel Sejarah Islam. Ternyata buku-buku yang diterbitkan PTS mula mendapat tempat di hati mereka.

Sokongan mereka pastinya menyuntik semangat kita.

Alhamdulillah.




Rasa terharu apabila gadis-gadis yang comel ini membeli novel Sejarah Islam

Dia membeli novel Sejarah Islam

Hikayat Amir Hamzah menjadi pilihannya.

Nak baca Hikayat Amir Hamzah, katanya.

Abang yang hansem ini membeli novel Setelah Roboh Kota Melaka.

Dia tidak keberatan bergambar sambil memegang novel yang dibelinya.

Adik yang manis ini peminat novel Sejarah Islam

Novel Sejarah Islam turut dibaca oleh anak-anak gadis.

Sunday, June 1, 2008

MENYAMBUT HARI LAHIR

Hari ini 2hb Jun, saya menyambut hari jadi yang ke 54.

Terima kasih kepada Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani kepada hambaNya.

Terima kasih kepada insan-insan tersayang yang tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir.

Doakan semoga diri ini sentiasa dalam rahmat dan keampunan, sihat tubuh badan dan akal fikiran, dilimpahkan rezeki, diberi ilham dan kekuatan untuk mengarang, bahagia hidup di dunia dan akhirat. Amin.

JUMPA DI MAHKOTA PARADE


Sempena menyambut ulangtahun ke 60, Syarikat Buku Thai Kuang Sdn Bhd mengadakan beberapa acara antaranya sessi pertemuan dengan penulis-penulis PTS.

Saya turut dijemput pada tarikh dan masa tersebut.

Tempat: Mahkota Parade Melaka.

Tarikh: 4hb Jun 2008

Masa: 2.00 hingga 3.00 petang.