Sunday, March 9, 2008

PERTANYAAN PEMBACA

24hb Mac 2008





Pak Latip,

Setahu saya Si Bongkok mati kerana membunuh diri. Tetapi kenapa dalam novel Si Bongkok Tanjung Puteri Si Bongkok mati tidak membunuh diri?. Harap Pak Latip dapat memberi penjelasan.

Peminat novel sejarah
Kuala Lumpur.

-------------------------------------------------

Saya bukanlah orang pertama yang menulis kisah Si Bongkok Tanjung Puteri kerana sebelum ini En. Shaharom Husain pernah menulisnya dalam bentuk teater atau drama pentas.

Menurut En Shaharom Husain dalam bukunya Memoir Selingkar Kenangan Abadi Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 1996,

“Drama Si Bongkok Tanjung Puteri yang diterbitkan pada tahun 1961 adalah hasil penyelidikan saya terhadap orangt tua dan tokoh tempatan, tempat berlakunya cerita itu. Di samping itu saya melihat sendiri kesan yang masih wujud serta menimba fakta sejarahnya daripada hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Munsyi Abdullah ke Pantai Timur.” (rujukan m.s 298)

Tetapi novel Si Bongkok Tanjung Puteri itu bukan adaptasi daripada teater Si Bongkok Tanjung Puteri. Nama-nama watak memang wujud persamaan tetapi dialog dan jalan ceritanya jauh berbeza.

Sebelum menulis novel itu saya juga membuat kajian sendiri daripada buku-buku dan orang perseorangan yang masih hidup. Kebetulan pula saya mempunyai beberapa orang saudara sebelah ayah di Johor Bahru. Dari cerita lisan yang dikumpulkan itu, memang benar ada yang mengatakan Si Bongkok Tanjung Puteri mati membunuh diri kerana sebab-sebab berikut:

1. Si Bongkok tidak sampai hati membunuh adik kandungnya sendiri iaitu Panglima Putih.

2. Si Bongkok berasa amat kecewa apabila Sultan Ali, putera Sultan Husain Muhamad Syah berjaya dipujuk oleh British supaya berbaik dengan Temenggung.

Namun ada juga cerita lisan yang mengatakan Si Bongkok Tanjung Puteri tidak mati membunuh diri. Tetapi ditikam oleh adiknya Panglima Putih.

Dan cerita yang ketiga mengatakan Si Bongkok tertikam oleh senjatanya sendiri.

Dalam teater Si Bongkok Tanjung Puteri karya En Shaharom Husain, semasa bertarung dengan adiknya Panglima Putih Si Bongkok tergelincir jatuh lalu keris di tangannya tertikam dadanya sendiri.

Dalam novel pula Si Bongkok ditikam oleh adiknya Panglima Putih.

Saya lebih meyakini Si Bongkok ditikam oleh adiknya sendiri. Mustahil seorang panglima yang hebat boleh tertikam senjatanya sendiri. Dan lebih tidak menasabah dia membunuh diri.

Antara salah satu sebab mengapa pahlawan Melayu Johor itu dipandang serong sehingga kuburnya terletak jauh dalam hutan dan terbiar tidak dipedulikan kerana menganggap dia membunuh diri. Dalam Islam orang yang membunuh diri tidak diampunkan dosanya.

Tetapi benarkah Si Bongkok membunuh diri?. Mungkinkah cerita itu sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan pahlawan itu?.

Bagaimana pula dengan cerita lisan yang mengatakan Si Bongkok bukan mati bunuh diri?.

MAULIDUL RASUL

20hb Mac 2008



Nabi Muhamad saw dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April tahun 571 Masihi. Kelahiran baginda telah diketahui oleh Nabi Isa a.s setelah baginda mendapat wahyu daripada Allah swt bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.

Semasa Nabi Muhamad saw dilahirkan, ibunya Aminah tidak merasa sakit.
“Sungguh luar biasa anakmu ini,” kata Mak Bidan yang menyambut kelahirannya.

“Kenapa?” tanya Aminah.

“Bayimu lahir dalam keadaan tertiarap. Dia tidak menangis semasa dilahirkan. Kepalanya mendongak ke langit dan tangannya terangkat seolah sedang menyembah sesuatu,”jawab Mak Bidan.

Pada malam kelahirannya rumah Aminah terang benderang walaupun ketika itu bulan tidak mengambang. Jiran-jiran datang berduyun-duyun untuk melihat bayi comel “ajaib” yang dilahirkan Aminah.

Selain Abdul Mutalib, Amar bin Hisyam juga turut berasa gembira dengan kelahiran anak saudaranya itu. Dia memerdekakan seorang hamba perempuannya lalu menyuruhnya menyusukan Muhamad sebelum mendapat ibu susunya.

Tetapi kemudiannya Amar bin Hisyam memusuhi Nabi Muhamad saw sehingga dia digelar Abu Jahal. Dia sering menyakit Rasulullah saw malah beberapa kali cuba membunuhnya tetapi gagal.

Akhirnya Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar. Setelah Abu Jahal meninggal dunia ada yang bermimpi bertemu Abu Jahal lalu bertanya bagaimana keadaanya. Jawab Abu Jahal dia ditempatkan ke dalam neraka tetapi pada setiap hari kelahiran Nabi Muhamad saw, Allah swt mengurniakan dia satu kelebihan iaitu ada air keluar dari ibu jari kakinya.

Kelebihan itu dikurniakan disebabkan dia berasa gembira pada hari kelahiran Nabi Muhamad saw.

Selain kisah Abu Jahal ini, banyak lagi kisah mengenai kelebihan mereka yang memuliakan hari Maulidul Rasul.

BENGKEL PENULISAN KREATIF

17hb Mac 2008



Dr Amida (Anis) sedang menyampaikan ceramahnya.



Bergambar kenangan dengan peserta bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh JIM dan Persatuan Muslimat Seremban.

Semalam 16hb, Dr Amida (Anis), Puan Mahaya dan saya dijemput sebagai penceramah bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh JIM dan Persatuan Muslimat & Nisa’ Paroi, Seremban.

Tajuk yang diberikan kepada saya ialah “Peranan novel dalam memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak dan remaja.”

Semoga apa yang disampaikan itu dapat dikongsi bersama dengan peserta. Walaupun jumlah mereka tidak ramai tetapi
semuanya nampak berminat dalam bidang penulisan. Semoga dari bengkel ini akan lahirlah penulis-penulis wanita pelapis di Negeri Sembilan

Dalam sessi soal jawab, peserta bertanya bagaimana caranya hendak menulis novel sejarah.

Seorang guru pula bertanya kenapa novel popular lebih meluas pasarannya sehingga ramai pelajar yang menggemarinya.

“Kenapa novel-novel sejarah Islam Pak Latip tak sampai ke sekolah-sekolah kami?” tanyanya.

Mujur saya ada membawa novel-novel sejarah tersebut maka dapatlah mereka membelinya.

Beberapa orang peserta telah menyatakan keinginan mereka bagi menyertai bengkel penulisan di PTS dan sebagai menunjukkan kesungguhan mereka telah memberikan namanya kepada saya seperti berikut:


1. Atriza Binti Umar
2. Siti Salma binti Wahiuddin
3. Ummi Kalthum binti Abdullah
4. Ainul Yaqin binti Abdullah
5. Nurul Amirah binti Noor Azam
6. Minah binti Ahmad.

Saturday, March 1, 2008

KARYA SULUNG S.RAFIDAH

11hb Mac 2008

Di salin dari Blog Rafidah

http://halwaminda.blogspot.com/


Inilah karya sulung S.Rafidah Hasan Basri terbitan PTS Islamika yang diterbitkan pada September 2007. Membaca buku ini kita akan terfikir sesuatu yang berlaku dalam hidup kita pasti ada iktibar dan teladan yang boleh diambil. Ianya bukan sahaja sebuah cerita bagi halwa minda tetapi pembaca memperoleh sesuatu pengajaran yang berguna. Walaupun ceritanya agak ringkas namun diharapkan ianya dapat membentuk pendidikan secara tidak langsung kepada pembaca yang dihormati.Untuk adik-adik jangan lupa dapatkan buku kak Fieda ini. Adik-adik boleh membacanya walau di mana jua. Sebanyak 31 kisah di dalamnya beserta ilustrasi yang menarik. Adik-adik pasti menggemarinya!Hari ini kak Fieda hendak bercerita salah satu cerita yang ada di dalamnya iaitu yang bertajuk 'Seuncang Benih Gandum'

Di kampung Indah tinggal sepasang suami isteri yang miskin. Si suami bernama Hambali manakala isterinya bernama Shuhada. Mereka hanya mengharapkan belas ikhsan daripada jiran-jiran bagi meneruskan kehidupan mereka. Apabila dinasihati supaya bekerja mereka hanya mengatakan cukup hanya berdoa kepada Allah memohon rezeki

Suatu hari rumah mereka didatangi seorang pengembara. Pengembara itu meminta izin hendak menumpang bermalam sebelum meneruskan perjalanan. Katanya, "Sekiranya kamu izinkan benarkan saya tinggal selama satu malam di rumah tuan

Pasangan itu memberi keizinan. Hambali menjawab, "Silakan! Kami berasa gembira menerima tetamu."Lalu Shuhada pun menghidangkan makanan yang ada kepada si pengembara. Katanya, "Sila menjamu selera. Hanya ini sahaja yang dapat kami hidangkan."

Alhamdulillah ini juga rezeki daripada Allah.

Pada keesokan harinya si pengembara memohon meneruskan perjalanan. Dia berkata, “Saya perlu meneruskan perjalanan. Terima kasih kerana sudi menerima saya bermalam di sini.

Hambali menjawab, “SEmoga tuan selamat dalam perjalanan.”

Sebelum pergi, si pengembara itu memberikan satu uncang kepada Hambali dan isterinya Katanya, “Di dalamnya ada sesuatu yang berharga. Ia boleh mertubah kehidupan kamu menjadi kaya.”

Sebelum pergi, si pengembara itu memberikan satu uncang kepada Hambali dan isterinya. Katanya, "Di dalamnya ada sesuatu yang berharga. Ia boleh merubah kehidupan kamu menjadi kaya."Selepas pengembara itu hilang dari pandangan, pasangan suami isteri itu pun segera membuka uncang yang ditinggalkan oleh si pengembara. Namun mereka kecewa apabila melihat isinya.

Soalan: Apa yang ada di dalam uncang itu adik-adik? Mengapa mereka kecewa sedangkan di dalam uncang itu terdapat benda yang boleh membuatkan mereka menjadi kaya!Jawapan: Mahu tahu? Dapatkan buku ini untuk mendapatkan jawapannya!*Banyak lagi kisah-kisah menarik di dalamnya. Pasti adik-adik tidak rugi apabila membacanya! Kepada para ibu dan bapa boleh mendapatkannya untuk dibacakan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Sehari satu cerita tentu mereka menyukainya!Selamat Membaca

Antara kisah lain:-- Hadiah Untuk Sufiah- Harga Sepotong Kuih- Si Celik dan Si Buta- Gadis Derhaka- Empat Limau Bali- Keadilan tuhan- Pencuri Yang Insaf- Nikmat Khusyuk Solat- Saudagar Kaya dan Tiga anaknya- Ucapan Pelikdan banyak lagi kisah lain di dalamnya...

PUSARA SI BONGKOK AKAN DIPULIHARA?

Entri Si Bongkok Tanjung Puteri boleh juga dibaca dalam blog

http://latiptalib.blogspot.com


Semalam saya dihubungi oleh Dr Talib Samat, pensyarah di UPSI mengatakan beliau telah membaca novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Amat tertarik dengan kisah pahlawan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau bercadang membawa para pelajarnya dalam 2 buah bas bagi mengunjungi pusara pahlawan Melayu itu.

"Kami akan bersihkan kubur Si Bongkok dan menanam batu nisannya," beritahu Dr Talib Samat.

"Kami nak ajak Latip ikut sana. Kami juga bercadang membawa wartawan dan kru Majalah tv3," kata Dr Talib Samat lagi.

"Kalau kau setuju kita buat pelancaran novel Si Bongkok Tanjung Puteri di sana," katanya lagi.

Tentulah saya setuju. Semoga usaha yang murni ini akan terlaksana.

SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

En Ramzdan penduduk BElungkor yang menunjukkan jalan ke pusara Si Bongkok,

NOVEL SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

Kami terpaksa meredah semak belukar sebelum sampai ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.

SI BONGKOK TANJUNG PUTERI


SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

Saya baca tulisannya, Bismillah..Alhamdulillah, segala puji untuk Allah. Inilah kubur Si Bongkok Tanjung Puteri...banyak tulisan yang sudah kabur...

Nama Si Bongkok Tanjung Puteri selalu disebut apabila lagu Tanjung Puteri berkumandang. Dan nama itu masih diingat orang ramai sampai sekarang. Tetapi ramai yang tidak tahu di mana kuburnya. Malah penduduk Belungkur sendiri ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan pahlawan itu walaupun mereka percaya Si Bongkok Tanjung Puteri itu sememangnya wujud dan kuburnya ada di lereng bukit Tanjung Puteri.

Menurut salah seorang penduduk Belungkur Puan Asmah Ahmad 50 tahun, di situ terdapat dua tanjung iaitu Tanjung Belungkur Dan Tanjung Puteri. “Di bukit Tanjung Puteri ini ada gua tempat persembunyian Si Bongkok,” kata Encik Ramzdan Sakyun 47 tahun yang membawa saya ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.Menurut Encik Ramzdan, Moyangnya yang bernama Uteh Jantan (Pak Teh Jantan) orang yang mula-mula menjumpai mayat Si Bongkok Tanjung Puteri di tepi pantai.

Kemudian mayat itu dikebumikan oleh penduduk kampung tersebut di lereng bukit Tanjung Puteri.Di Situ Cuma ada sebuah kubur sahaja dan untuk sampai ke sana bukannya mudah kerana terpaksa meredah semak samun dan denai. Kerana itu tidak hairanlah kubur itu terbiar ditumbuhi pokok-pokok kayu.

Menurut Encik Khalid Saidon 55 tahun, yang dilahirkan di Belungkur, ramai orang luar yang pulang hampa kerana tidak dapat mencari kubur Si Bongkok Tanjung Puteri. Mujur saya dapat memujuk Ramzdan supaya membawa saya ke tempat tersebut.“Biasanya saya dibayar antara RM 40 ke RM60 kerana susah hendak ke sana,” katanya berterus terang.Setelah berjalan kaki meredah belukar dan kawasan denai selama kira-kira setengah jam barulah kami sampai ke sebuah kubur lama.

Mujur masih ada penanda dua batang kayu yang sudah reput tinggal sejengkal. DI bahagian kepalanya ada tulisan yang mengatakan itulah pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.Saya lihat pada tulisan itu ada tercatat tarikh 23.1.1981. Menurut Puan Asmah, ayah mertuanya arwah Pak Saidon Wahab pernah bermimpi Si Bongkok menyuruh dia menandakan kubur itu kerana sebelum itu tidak pernah bertanda. "Maka pak mertua saya pergilah menandakan kubur itu.

Ditanamnya dua batang kayu cengal pada bahagian kaki dan kepala kubur itu. Kemudian ditulisnya pada sekeping kayu sebagai batu nisannya. Itu adalah tarikh ditandakan kubur itu kerana dia pun tidak tahu bila Si Bongkok Tanjung Puteri meninggal dunia ,” katanya.Dari penemuan kubur tersebut dan dari cerita penduduk Belungkur memang sahlah Si Bongkok Tanjung Puteri sememangnya wujud.

Alangkah baiknya kalau kubur itu dipelihara sebagai peninggalan sejarah.